Datuk Chef Wan dan Hafiz Suip Masak Bubur Pedas dan Kuih Bongkol Sarawak.

Diam tak diam Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua dah pun masuk episod ke 11. Seperti yang ditonton tadi penyanyi Hafiz Suip menceriakan suasana memasak kali ini.

Pemenang Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ni turut menghiburkan krew dan Chef Wan dengan memetik gitar dan mendendangkan lagu dari albumnya di awal rancangan.

Hafiz Suip cukup berbesar hati Datuk Chef Wan sudi memasak masakan tradisi Sarawak, bumi kelahiran artis yang ceria ini. Hafiz yang meminati dan mengikuti Datuk Chef Wan sejak kecil cukup teruja berkongsi dapur menyiapkan masakan Bubur Pedas dan kuih tradisi kuih bongkol.

“Bubur pedas ni yang menyebabkan ia begitu istimewa adalah rempah atau bumbu yang terdapat di Sarawak. Bila Ramadan inilah sajian popular dan macam tak lengkap sajian berbuka kalau takde bubur ini. Sayur-sayuran dan rempah memang sedaplah. Ni memang sajian kesukaan saya.

Kuih bongkol Sarawak pun sangat saya suka. Saya sebenarnya memang suka makan kuih yang manis dan rasa dan teksturnya sama dengan kuih yang disebut jongkong atau jongkol yang terdapat di sini,” ceritanya dengan tergelak kecil.

Masa rakaman Hafiz dan Chef Wan asyik membungkus kuih bongkol dengan daun pisang. Ada teknik bungkusnya, silap bungkus boleh terburai pulak isinya.

Nak tahu resipi bubur pedas dan kuih jongkol Sarawak, jom salin resipinya di sini.

BUBUR PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar rempah bumbu
  • 12 ekor udang basah saiz sederhana
  • 250 ml pati santan 5 batang kacang panjang (dihiris kecil-kecil)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
  • ½ biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
  • 50 gm fuchuk 50 gm cendawan shitake (direndam lembut dan dihiris)
  • 50 gm bunga lili (direndam lembut dan dihiris)
  • 50 gm cendawan telinga (direndam lembut dan dihiris)
  • 3 batang jagung muda (dihiris)
  • Daun kesum (diracik)
  • 1 daun kunyit (diracik)
  • 1 batang serai kecil (dihiris halus)
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 lobak kecil
  • Asam jawa
  • Cili kisar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Air Bahan kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan kentang, ubi keledek, lobak merah, rempah bumbu, sedikit air, dan santan. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit sehingga empuk.
4. Selepas itu, masukkan daun kunyit, cendawan shitake, cendawan keping, bunga lili, fuchuk dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan sehingga cendawan lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau lagi supaya kacang panjang dan jagung masak.
6. Akhir sekali, masukkan udang, garam dan sedikit gula. Setelah itu, kacau sehingga mendidih. 7. Sedia untuk dihidangkan.

KUIH BONGKOL

BAHAN-BAHAN :

Bahan kuih:
150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi kayu
650 ml santan cair
3 sudu besar gula pasir
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Daun pisang (dilayurkan)
Lidi pencungkil gigi

Bahan inti:
150gm gula Melaka (dipotong dadu kecil/diracik halus)
200ml pati santan

CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung beras, tepung ubi kayu, santan cair, gula dan garam ke dalam periuk.
2. Gaulkan semua sekali sehingga adunan tepung menjadi likat dan pekat.
3. Sediakan daun pandan beralaskan daun pisang dan letakkan sedikit adunan tepung.
4. Kemudian masukkan gula melaka/apong di atas adunan tadi.
5. Tutup pula dengan sedikit pati santan.
6. Kemudian bungkuskan daun pandan tersebut seperti bungkusan tapai.
7. Kukuskan kuih bongkol selama 25-30 minit.
8. Sedia untuk dihidangkan.

AKSI DI SEBALIK TABIR

Banyak aksi lucu di sebalik penggambaran ni…

TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI

Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.

Isnin akan datang saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersama penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu. Sure kecoh dan mencuit hati.

Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.

ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

10 Resipi Lauk Pauk Bajet Sedap & Jimat.

The post Datuk Chef Wan dan Hafiz Suip Masak Bubur Pedas dan Kuih Bongkol Sarawak. appeared first on RASA.

(Visited 10 times, 1 visits today)