Dari Dinding Kusam Jadi Feature Wall, Ini Tips & Bahan Hias Dinding ‘Self Service’

Sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh setiap orang. Tidak kira apa sahaja aktiviti pasti akan dicuba oleh orang ramai. Ada di antara mereka yang melakukan aktiviti yang belum pernah dilakukan mereka.

Antara aktiviti yang paling menjadi ikutan sepanjang tempoh ini adalah mengubah suai kediaman. Pelbagai perkongsian kita boleh saksikan di laman media sosial. Dari pengubahan sekecil-kecil tempat sehingga lah mengubah suai satu rumah. Juga pelbagai tips dan cara hiasan yang dikongsi oleh orang ramai.

Antara yang menarik perhatian kali ini ialah melalui perkongsian oleh Mohamad Supian Abdullah melalui laman Facebook Kelab Kaki Deco. Dia menunjukkan pengubahan dinding dari kosong sehingga dijadikan feature wall.

Dinding Kosong Di Jadikan Feature Wall

Melalui group Facebook itu, Mohamad Supian telah berkongsi perubahan dinding rumah barunya yang di ubah sendiri. Dari dinding berwarna putih kosong, dia mengubah menjadikan dinding tersebut sebagai feature wall dengan meletakkan wainscoting buatan sendiri. Sangat menarik perhatian dan serta merta rumah tersebut kelihatan lain. Selain itu juga, dia juga berkongsi tips dan bahan yang digunakan untuk membuat feature wall tersebut.

Boleh ke nak share sikit kebahagian buat isteri. Rumah baru kami.dapat kunci bulan 12, tahun lepas.dek PKP punya penangan contruction tergendala.kabinet dapur pon takde lagi.nasib baiklah tak duduk pon lagi. Jarak dengan rumah sewa ke sini ada la dalam 3km.seminggu ulang alik buat senyap senyap tanpa pengetahuan isteri. Kenapa sampai seminggu? Saya slipped disc. Maklum la nak panjat panjat tu. Alhamdulilah siap jugak akhirnya. Punya bahagia dapat tengok isteri happy Allah je yang tahu.

Sedikit perkongsian tips & bahan-bahan yang digunakan

– Tali nylon untuk lakaran corak yang korang nak. Boleh je lukis pakai pensil

– Masking tape 1 ½ letak gam pada kayu lekatkan masking tape dekat kayu dan lekat ke dinding.biar semalaman

– Wood putty untuk plaster sambungan kayu

– Kertas pasir untuk trim kayu yang kasar & trim kat plaster bekas sambungan kayu

– Gam xbond contruction untuk gam kayu. Tayah buh banyak-banyak makan masa nak bersihkan

– Kayu saya pakai size 1½ x 8kaki.pilih kayu tegak je.kayu meleding susah nak lekat kat permukaan dinding

– Roller cat 7 inci

– Cat jotun majestic easy clean

– Berus cat ½ inci

– Berus water colour untuk cat bahagian sudut-sudut tersorok

– Gergaji kayu (saya pakai grinder) hati-hati pakai bilah pemotong camni.make sure pakai cover untuk bilah pemotong.

p/s : nak kemas buatlah frame dulu..saya tak buat.jimat 10 batang kayu

Sumber : Mohamad Supian Abdullah

(Visited 5 times, 1 visits today)