Dah Tak Payah Beratur Di Kaunter, Ini Cara Buka Akaun SSPN Online Je. Lagi Mudah & Cepat!

Sebagai ibu bapa, merancang simpanan pendidikan anak-anak adalah sangat penting.

Kita sebenarnya tak perlu tunggu anak masuk sekolah untuk mulakan simpanan. Lagi awal, lagi bagus.

Salah satu pilihan yang baik adalah untuk menyimpan di SSPN, iaitu salah satu instrumen simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain menyimpan, SSPN juga menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada seluruh keluarga.

Mulai 1 Januari 2012 juga, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Jadi dah alang-alang tu eloklah buka akaun SSPN terus dari awal kan?

Sekarang ni dah senang tau. Sebab ibu bapa kini boleh buka atau tambah akaun SSPN secara online tanpa melalui mana-mana kaunter PTPTN atau cawangan bank.

Lebih mudah, cepat dan selamat!

Cara buka akaun sspn online

Cara Buka Akaun SSPN Online

Di sini dikongsikan cara buka akaun SSPN secara online langkah demi langkah.

1. Pilih Produk SSPN

Layari bit.ly/BukaDanTambahAkaunSSPN

Pilih sama ada anda ingin memilih akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus. (*Perbezaan antara kedua-dua jenis akaun SSPN ini akan dijelaskan di bawah.)

cara buka akaun sspn

2. Isi Maklumat

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

Cara buka akaun sspn online


3. Persetujuan Terma Syarat

Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.

4. Masukkan Minima Deposit

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.

(Untuk SSPNi penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPNi Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)

5. Siap!

Lepas dah ada akaun ni, ibu ayah dah boleh buat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online pada bila-bila masa je.

Mudah kan?

Kelebihan SSPN Untuk Anak

Bagi yang kurang pasti nak memilih akaun SSPN yang mana untuk anak, bolehlah baca lebih lanjut di bawah tentang kelebihan kedua-dua produk ini.

1. SSPN-i

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Antara kelebihan SSPN-i adalah:

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan;
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

2. SSPN-i Plus

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.

Secara ringkasnya, perbezaan bagi kedua-dua akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Layari bit.ly/LayariLoveSSPN untuk info lanjut berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i/SSPN-i Plus).

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/

(Visited 1 times, 1 visits today)