Daging Dendeng Perak,Sotong Kukus Thai & Sotong Telur Masin Menu Kecur Liur Untuk Berbuka Dan Sahur

Khas untuk Majalah RASA , menu dari air tangan Datin Rashidah Yusoff dendeng yang popular di kalangan orang Perak di mana arwah ayah berasal dari sana. Rahsia membuat masakan ini, ia mempunyai rempah khas yang dibuat sendiri oleh emak. Bukan hanya keluarga menyukai menu ini malah jiran dan teman rapat juga sukakannya. Sotong stim adalah masakan cara Thai. Ia menu ringkas dan sihat yang menjadi kesukaan keluarga. Sotong Telur Masin juga menjadi hidangan kegemaran keluarga di kala berbuka.

Daging Dendeng Perak
Bahan-bahan:
2kg daging lembu |rebus dan hiris tebal dalam 1 inci . Ditumbuk leper dengan lesung batu.Perap dengan kicap manis
Kemudian goreng sampai baunya wangi- tos kan.

Bahan kisar
70-100gm cili kering + 5-10 bij icili merah | kisar halus
1 kg bawang besar
3 labu bawang putih
Halia – 2-3 inci

Bahan tumis
2 mangkuk minyak masak

5 batang serai di ketuk
lengkuas muda (ketuk-ketuk sahaja)
1 cawan kicap lemak manis
1 cawan air asam jawa / asam keping 2-3 keping.

Cara memasak:
1.Tumiskan semua bahan tumis sehingga betul-betul garing. Kemudian masukkan bahan kisar hingga naik minyak.

2. Masukkan kicap, asam, air lebihan rebusan daging dan biarkan mendidih.

3. Masukkan daging dan perasakan dengan garam jika perlu. Masak hingga naik minyak.

Sotong Kukus Thai
Bahan-bahan:
5 ekor sotong
1 batang serai (diketuk)
4 hiris lengkuas
4 ulas bawang putih
1 tangkai daun ketumbar bersama-sama akar

2 helai daun limau purut
2 hiris halia
Bahan-bahan Sos:
6 tangkai cili padi merah

1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
secubit garam
1 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. Masukkan sotong ke dalam bekas bersama-sama serai, lengkuas ,bawang putih, akar daun ketumbar, halia dan limau purut.

2. Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya

3. Susun di dalam pinggan

4. Kemudian masakkan bahan-bahan sos dan curahkan sos di atas sotong

Sotong Telur Masin

Bahan-bahan:-
Sotong ( bersihkan & keringkan air. Lapkan dengan tisu dapur )
Tepung tempura
Garam secukup rasa
Air ais secukupnya
Minyak utk menggoreng secukupnya

Bahan2 tumis

6 ulas bawang putih kisar
3 helai daun kari
1 biji cili merah (dihiris)
5 biji telur masin rebus (ambik merah sahaja & lecekkan)
200ml krim masakan

Cara memasak:-

1) Bancuh tepung tempura dgn air ais & sedikit garam
2) Panaskan minyak
3) Celup sotong & goreng hingga garing & ketepikan
4) Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau
5) Masukkan cili merah & daun kari tumis hingga naik bau
6) Masukkan telur merah lenyek & kacau
7) Masukkan krim masakan & gaul sebati
8) Masukkan sotong yg telah digoreng & gaul rata
9) Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Resipi ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

Sambal Babat Cili Padi.

The post Daging Dendeng Perak,Sotong Kukus Thai & Sotong Telur Masin Menu Kecur Liur Untuk Berbuka Dan Sahur appeared first on RASA.

(Visited 13 times, 1 visits today)