Chicken Tomato Soup Conchiglie Menu Mengenyangkan Di Kala Sahur

Waktu sahur biasanya ramai menggemari menu yang ringan. Buat yang rasa kurang selera boleh cuba membuat sup ini. Selain kos tidak tinggi ia juga penuh khasiat, ada karbohidrat, protein dan sayuran. Memang mengenyangkan.

Chicken Tomato Soup Conchiglie

Bahan A:-

5 keping dada ayam
Air secukupnya
1 inci halia diketuk

Bahan B

I labu bawang besar di potong dadu
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 helai daun bay
5 helai daun oregano
Italian Spices
1 tin sup tomato (425gm)
2 cawan sayur campur
Garam secukupnya
1 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak zaitun

Conchiglie (direbus & toskan)

Keje parmesan (ditabur)

Cara memasak:-

1.Rebuskan ayam bersama2 air & halia hingga empuk
2.Keluarkan ayam & biarkan sejuk & carik2 kan isi ayam & ketepikan

3.Di dalam periuk berasingan panaskan periuk, masukkan 1 sudu makan mentega & minyak zaitun

4.Saute bawang besar, halia & bawang putih hingga wangi
5.Masukkan daun bay, italian spies, oregano
6.Masukkan 1 tin sup tomato masak hingga naik minyak
7.Masukkan stok ayam (air rebusan ayam)
8.Masukkan sayur campur
9.Masukkan ayam yang telah dicarik2 biarkan hingga mendidih
10.Masukkan garam secukup rasa

11.Hidangkan bersama-sama conchiglie dan taburkan keju parmesan di atasnya

Menu berkhasiat & mudah disediakan.

SELAMAT MENCUBA!

Resipi ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

Resipi Kuih Tepung Gomak Paling Enak & Mudah.

The post Chicken Tomato Soup Conchiglie Menu Mengenyangkan Di Kala Sahur appeared first on RASA.

(Visited 8 times, 1 visits today)