Chef Kimi , Cabaran Kerja Berganda Di Bulan Puasa

Berasal dari Kelantan, Chef Roskaimi Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Kimi mengakui mula menceburi bidang masakan agak lewat ketika usia 25 tahun. Namun latar belakang keluarganya menjadikan bidang masakan bukanlah asing baginya kerana keluarganya juga menjalankan kedai makan di Pasir Mas, Kelantan. Mula bertugas sebagai Pembantu Dapur di sebuah hotel di Kuala Lumpur, The Pearl Hotel adalah hotel kelima tempat beliau mengasah dan memajukan kemahiran dan ilmu masakannya.dan mini menyandang jawatan Ketua Chef

Kenangan paling berharga bila meraih pengalaman bekerja di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. “Saya membuat promosi masakan Melayu di Dubai kebanyakan pelanggan adalah orang barat dan saya perlu mengubahsuai rasanya dengan menjadikan ia sedikit “mild’ dengan mengurangkan ramuan rempah ratus dan kepedasannya,” kenangnya lagi.

Kini di Pearl Hotel Chef Kimi mengawal selia team pasukan dapur yang terdiri daripada 20 orang. Di sini terdapat dapur sajian barat, Melayu, pastri dan juga bahagian 'butchery' (daging). Beliau juga bertanggungjawab memastikan operasi di lima buah kafe dan eksekutif berjalan lancar. Baginya menceburi bidang ini selain daripada minat yang mendalam, perlu ada keikhlasan dalam memasak. Pesannya kepada bakal Chef mereka perlulah ada ketahanan fizikal dan mental yang kuat jika mahu berjaya dalam industri ini.

Jom semak dua resipi hebat yang diberi sentuhan baru oleh Chef Kimi.

OTAK -OTAK IKAN SALMON BERINTI TELUR IKAN (THAI)

BAHAN -BAHAN

  • 500gm isi ikan salmon | dikisar
  • 50gm pes kari merahThai
  • 10gm daun limau purut | dimayang
  • 10gm daun selasih | dimayang
  • 50ml santan
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 100gm telur ikan
  • 2 biji telur
  • Daun pisang | untuk bungkus

CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.
2. Daun pisang dibentukkan menjadi bungkusan.
3. Masukkan bahan bahan yang telah digaul itu ke dalam bungkusan daun pisang
4. Dan kemudian kukus selama 25 minit sehingga masak
5. Masak santan dengan api yang sederhana sehingga menjadi pekat masukkan sedikit garam dan gula
6. Apabila bahan yang dikukus itu masak , keluarkan dan tuangkan santan yang telah dimasak itu ke atas bahan yang telah dikukus tadi
7. Letakkan telur ikan di atasnya sebagai hiasan
8. Hidangan siap dan sedia untuk dihidangkan.

ASAM PEDAS TULANG LEMBU DENGAN SAWI JERUK

BAHAN -BAHAN

  • 500gm tulang rusuk lembu | direbus dahulu
  • 350gm cili kering | direbus dan dikisar
  • 100gm bawang merah | dikisar
  • 70gm bawang putih – dikisar
  • 00ml air asam jawaa
  • 50ml minyak masak
  • 100gm bunga kantan
  • 100gm terung
  • 100 gm jeruk sawi
  • 50gm daun kesum
  • 2 biji tomato | dibelah empat
  • 30gm garam
  • 10gm gula
  • 100ml air
  • 1.4sm belacan bakar

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan air biasa ,air asam jawa,sawi jeruk,bunga kantan dan daun kesum
3. Masukkan tulang rusuk yang telah direbus
4. Biarkan mendidih dan sehingga tulang biar betul betul lembut
5. Akhir sekali masukkan bahan- bahan seperti terung, tomato dan garam dan gula secukup rasa
6. Masakan sedia dihidangkan.

The post Chef Kimi , Cabaran Kerja Berganda Di Bulan Puasa appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)