Chef Kamarul dan Isteri Kongsi Dua Resipi Istimewa Untuk Hari Raya

Istimewa sempena Syawal yang bakal tiba, Majalah RASA telah membawakan Rasa Lebaran Special Live bersama Chef Dr Kamarul dan isteri, Puan Yati Rahman di Gold Coast, Australia buat para ‘followers’ setia.

Dihoskan oleh Sis Mas, Chef Kamarul telah berkongsi dua resipi istimewa yang diambil dari buku masakan terbaru beliau, Warisan Mangkuk Tingkat.

Nasi Serai Bonda dan Kambing Gulai Kawah. Mendengar namanya sudah cukup untuk buat kita terliur. Malah resipinya juga cukup mudah dan tentunya membuka selera. Sesuai sangat anda cuba masak di hari raya nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

1. NASI SERAI BONDA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 2 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 3cm halia – hiris
  • 5 batang serai – ketuk
  • 4cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 ½ cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Cuci dan rendam beras basmathi selama 20 minit. Tuskan airnya dan ketepikan.

2. Panaskan minyak sapi, tumiskan serai hingga naik bau.

3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih.

4. Selepas itu masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga wangi.

5. Kemudian masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.

6. Kemudian masukkan beras basmathi dan daun pandan. Tanak hingga nasi masak.

7. Setelah nasi serai masak, taburkan dengan bawang goreng.

2. KAMBING GULAI KAWAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing
  • 8 ulas bawang merah – kisar
  • 6 ulas bawang putih – kisar
  • 4cm halia- kisar
  • 2 labu bawang besar – kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji ubi kentang – belah empat
  • 4cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 cawan santan
  • 2 liter air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan daging kambing bersama air ke dalam periuk. Rebus hingga empuk.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, daun kari dan bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

4. Kemudian masukkan rempah tumis ke dalam periuk rebusan daging kambing dan gaul rata.

5.Tuangkan santan, masukkan kentang dan gula melaka. Kecilkan api, reneh sehingga kentang empuk. Perasakan dengan garam.

Masak Live Ramadan Special : Cepat,Jimat,Sedap,Melekat !

RASA LEBARAN SPECIL LIVE BERSAMA CHEF KAMARUL & PN YATI RAHMANIstimewa buat semua, Chef Kamarul berkongsi dua resipi yang diambil dari buku masakan terbaru beliau – Warisan Mangkuk Tingkat.1. NASI SERAI BONDABAHAN-BAHAN:3 cawan beras basmathi2 ulas bawang merah – hiris2 ulas bawang putih – hiris3cm halia – hiris5 batang serai – ketuk4cm kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga3 kuntum bunga cengkih2 sudu besar minyak sapi3 ½ cawan air1 cawan susu cair2 helai daun pandan2 sudu besar bawang gorengGaram secukup rasaCARA MEMASAK:1. Cuci dan rendam beras basmathi selama 20 minit. Tuskan airnya dan ketepikan.2. Panaskan minyak sapi, tumiskan serai hingga naik bau.3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih.4. Selepas itu masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga wangi.5. Kemudian masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.6. Kemudian masukkan beras basmathi dan daun pandan. Tanak hingga nasi masak.7. Setelah nasi serai masak, taburkan dengan bawang goreng.2. KAMBING GULAI KAWAHBAHAN-BAHAN:1kg daging kambing8 ulas bawang merah – kisar6 ulas bawang putih – kisar4cm halia- kisar2 labu bawang besar – kisar1 tangkai daun kari4 biji ubi kentang – belah empat4cm kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga5 sudu besar rempah kari daging5 sudu besar minyak masak1 ketul gula melaka3 sudu besar kerisik1 keping asam gelugur1 cawan santan2 liter airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:1. Masukkan daging kambing bersama air ke dalam periuk. Rebus hingga empuk.2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, daun kari dan bahan kisar hingga wangi.3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.4. Kemudian masukkan rempah tumis ke dalam periuk rebusan daging kambing dan gaul rata.5.Tuangkan santan, masukkan kentang dan gula melaka. Kecilkan api, reneh sehingga kentang empuk. Perasakan dengan garam.

Posted by Rasa on Wednesday, 20 May 2020

The post Chef Kamarul dan Isteri Kongsi Dua Resipi Istimewa Untuk Hari Raya appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)