Datin Balqish Banu Kongsi Resipi Ayam Sambal Merah & Kurma Daging, Meletop Sedapnya

May 22, 2020 rencah7 0

Lagi dua hari dah pun Raya. Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk raya untuk korang cuba. Ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi .

Best korang ringkas tapi sedap. Syawal ni tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih
5 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, ..

Koleksi 10 Resepi Pasta Paling Digemari Mudah

May 22, 2020 rencah7 0

Pasta merupakan sejenis masakan yang berasal daripada Itali. Pasta daripada diperbuat daripada tepung, air dan garam kemudian ianya diproses dan dikeringkan supaya ia tahan lebih lama. Pasta mempunyai beberapa jenis namun kali ini kita akan menghimpunkan 10 resepi pasta yang paling popular di negara kita ini.
Pasta lazimnya dimakan bersama pelbagai jenis sos, berikut adalah antara resepi-resepi yang paling digemari oleh orang kita.
1) Resepi Spaghetti Aglio Olio Pasta ini menggunakan makanan laut sebagai bahan utamanya. Pasta yang digunakan ialah angel hair dimana ianya lebih halus berbanding pasta spageti. Cara membuatnya amat ringkas dan rasanya pula amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan bahan 500 gram spagheti angel hair1/4 cawan minyak5 ulas bawang putih cincang4 biji cili api (potong kecil)1/2 tsp red pepper/dried chilli flake (pilihan)½ cawan air1 kuib ayamGaramCoarse black pepper (pilihan ) Rencah makanan laut 10 ekor udang besar (bersihkan dan tingga..

No Image

Buah Laici Bagus Untuk Kesihatan, Jom Tengok Khasiatnya

May 22, 2020 rencah7 0

Buah laici kadang-kala jarang dijumpai, kita selalu jumpa dalam tin (cocktail) ataupun sajian bersama jus. Buah ini berasal dari Asia Selatan, dan popular sebagai perasa untuk gula-gula, ais krim, sirap, dan lain sebagainya. Rasanya unik dan mirip seperti rambutan.

Tak semua tahu khasiat buah laici baik untuk kesihatan, ini kami kongsikan. Anda akan semakin mengagumi dan mencintai buah laici kerana ia punya banyak manfaat penjagaan kesihatan.

Mengandungi Oligonol

Oligonol adalah sejenis polyphenol yang terkandung dalam buah laici. Ia berperanan sebagai antioksidan serta anti influenza. Dipercaya, memakan buah laici dapat melindungi kulit dari paparan sinar UV, mengurangkan lemak serta meningkatkan stamina.

Mencegah anemia

Buah laici kaya akan kandungan zat besi yang dapat membantu menyeimbangkan jumlah hemoglobin di dalam darah dan mencegah anemia.

Mencegah kanser

Kandungan antioksidan dalam buah laici boleh membantu mencegah kerosakan tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Hal ini sekaligus mencegah pertumbuhan sel kanser, terutama kanser payudara dan kanser prostat.

Melindungi jantung

Laici juga mampu membantu mengurangkan kandungan LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Dengan cara meningkatkan kandungan HDL atau kolesterol baik, serta melancarkan peredaran darah ke jantung.

Meningkatkan immune tubuh

Kandungan vitamin C-nya membantu meningkatkan immune tubuh dan mencegah selsema, demam serta jangkitan lain.

Melancar pencernaan

Kandungan serat dan vitamin B-nya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melancarkan pencernaan. Anda juga boleh memanfaatkannya sebagai buah diet untuk tahan nafsu makan.

Menurunkan tekanan darah tinggi

Kajian membuktikan bahawa makanan yang kaya akan antioksidan dapat menyeimbangkan kembali tekanan darah. Kandungan potasium dalam laici sendiri dapat mengimbangkan tekanan darah tinggi.

*Dan tahukah anda bahawa nama laici apabila diterjemahkan dalam bahasa China bererti kehidupan yang bahagia? Semoga dengan mengambil buah laici, anda juga memperoleh kesihatan serta kehidupan yang bahagia.

The post Buah Laici Bagus Untuk Kesihatan, Jom Tengok Khasiatnya appeared first on Wanista.com.

Berdepan Impak Pandemik, Rangkaian Televisyen Media Prima Masih Kekal No 1 Di Malaysia

May 22, 2020 rencah7 0

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaysia mengumumkan keputusan suku pertama bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2020 semalam. Berdepan dengan cabaran industri dan impak pandemik COVID-19, Media Prima merekodkan perolehan berjumlah RM238.4 juta dalam suku pertama kewangan berakhir 2020, penurunan marginal daripada RM239.1 juta berbanding tempoh yang sama pada 2019.
Segmen digital meningkat
Perolehan segmen digital Kumpulan meningkat sebanyak 9% kepada RM18.9 juta disokong pertumbuhan iklan digital dengan kadar 12% berbanding tempoh perbandingan. Bagi tempoh dalam kajian, Media Prima kekal sebagai pilihan paling popular untuk kandungan mudah alih di Malaysia, dan mempunyai pencapaian audiens digital ketiga tertinggi selepas Google dan Facebook.
Perolehan perdagangan Kumpulan meningkat sebanyak 24% bagi suku pertama ini didorong oleh CJ Wow Shop, segmen beli-belah di rumah (home shopping) Media Prima, yang mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 18% dan p..

Resepi Biskut Mentega Danish Paling Sedap Untuk Hari Raya

May 22, 2020 rencah7 0

Lagi dua hari kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasti semua orang sedang sibuk membuat persiapan raya, bagi kaum ibu sudah pastinya mereka sedang sibuk di dapur memasak untuk juadah Hari Raya nanti.
Bagi yang tak dah tak ada idea nak buat kuih raya apa untuk raya nanti, apa kata kamu cuba buat Biskut Mentega Danish ni gerenti sedap dan puas hati.

Bahan-bahan
250 gram mentega 110 gram gula kastor 1 biji telur 1 sudu teh jus lemon 1/2 sudu teh esen vanila 320 gram tepung gandum/serbaguna 60 gram tepung jagung 40 gram tepung susu 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda) 1/2 sudu teh garam Foto – Arkib Wanista (bahan-bahan utama) Cara membuatnya
Masukkan mentega dalam mangkuk kemudian ambil mesin pengadun dan adun mentega sehingga menjadi gebu. Setelah mentega menjadi gebu, masukkan gula dan adun sekali lagi menggunakan mesin pengadun. Mentega dan gula telah kembang dan teksturnya juga menjadi gebu dan ringan. Kemudian masukkan telur dan adun sekali lagi, adun sehingga telur betul-betul sebati dalam adunan mentega. Selepas itu masukkan satu sudu teh jus lemon dan satu sudu teh esen vanila, adun bahan-bahan sehingga sebati menggunakan mesin pengadun. Kemudian masukkan tepung gandum atau tepung serbaguna, garam, serbuk penaik (baking soda), tepung jagung, dan tepung susu ke dalam penapis dan ayak bahan ke dalam mangkuk adunan mentega tadi. Adun ke semua bahan-bahan sehingga sebati, setelah adunan sebati ratakan dan sedia untuk dimasukkan ke dalam piping bag untuk dibentukkan menjadi biskut yang cantik. Bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat melingkar seperti cincin di atas dulang, bentukkan biskut sehingga habis semua adunan tadi. Bakar biskut dalam oven pada suhu 170 darjah selsius selama 15 minit. Biskut Mentega Danish siap di bakar, keluarkan dan biar sejuk. Simpan biskut ke dalam balang dan boleh makan sebagai juadah Hari Raya nanti. Senang bukan nak buat Biskut Mentega Danish yang sedap ni, kamu boleh cuba membuatnya di rumah bersama anak-anak dan bahan-bahan pun ringkas je.
Jom cuba masak hari ni
The post Resepi Biskut Mentega Danish Paling Sedap Untuk Hari Raya appeared first on Wanista.com.

Kek Chiffon Pandan, Kek Orang Lama Yang Sangat Sedap

May 22, 2020 rencah7 0

Salah satu kek yang sedap adalah kek chiffon pandan. Baunya ketika dibakar pun dah boleh buat rasa berselera nak makan. Kali ini RASA kongsikan resipi yang pasti korang suka. Boleh cuba buat untuk Syawal nanti.
KEK CHIFFON PANDAN
BAHAN A
6 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Perisa pandan
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan pewarna hijau, perisa panda, minyak jagung dan santan pekat. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul sebati dan ketepikan.
BAHAN B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang. Jika diterbalikkan adunan tidak jatuh.
CARA MEMASAK
..

Koleksi 10 Resepi Puding Segar Paling Penting Sedap Sangat

May 22, 2020 rencah7 0

Koleksi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepu puding iaitu sejenis pencuci mulut yang diperbuat menggunakan beberapa bahan iaitu air ataupun susu,santan,gula dan juga beberapa bahan yang membawa kepada perbezaannya. Satu perkara yang pasti tentang puding ialah ianya amat sedap dan digemari dan sesuai dihidang selepas makan.
Berikut adalah resipi yang telah kami kumpulkan untuk anda cuba sendiri sebagai hidangan untuk keluarga anda ataupun majlis istimewa.
1)Resepi Puding Sagu Gula Melaka Resipi berikut menjadi tular sejak akhir-akhir ini, ia diperbuat menggunakan sagu, gula Melaka dan juga susu cair. Ia adalah sejenis minuman namun ia dipanggil puding kerana bahan-bahan yang digunakan. Berikut adalah cara-cara dan bahan yang boleh anda dapatkan di kedai berdekatan
Bahan-bahan: 1 pek sagu (warna/putih)Susu cair secukupnyaGula MelakaDaun Pandan Kaedah Penyediaan Gula Melaka: Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah y..

JAKIM: Kit Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah, Teks Khutbah & Amalan Sunat Dalam Tempoh PKPB

May 22, 2020 rencah7 0

Tak lama lagi kita bakal menyambut Aidilfitri dengan norma baharu.
Tidak seperti sebelum ini, buat pertama kalinya kita akan mengerjakan solat sunat aidilfitri di rumah sahaja bersama keluarga.
Malah, khutbah juga dibacakan sendiri oleh imam di rumah.
Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan Kit Panduan Sambutan Hari Raya di Rumah & Teks Khutbah Aidilfitri 2020 untuk panduan umat Islam di Malaysia.

Untuk mendapatkan versi PDF bagi Kit Panduan Hari Raya Aidilfitri 2020 ini, ia boleh dimuat turun secara percuma di laman web rasmi JAKIM atau terus saja download melalui link di bawah ini:
https://bit.ly/PanduanHariRayaPKPB
Teks Khutbah Aidilfitri Di Rumah Dalam Tempoh PKPB 2020 Oleh JAKIM Teks khutbah Aidilfitri juga telah disediakan oleh pihak JAKIM bagi panduan kita di rumah.
Kami lampirkan teks khutbah Aidilfitri JAKIM yang lengkap di bawah ini:
(7 mukasurat termasuk muka depan)

Teks khutbah ini boleh dimuat turun dalam bentuk PDF bagi memudahk..

Kalau Banyak Makan Daging Waktu Raya, Amalkan Petua Ini Untuk Turunkan Tahap Kolesterol

May 22, 2020 rencah7 0

Hujung minggu ini kita akan merai hari raya Aildilfitri. Kebiasaannya ada banyak menu berasas daging yang kita makan. Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi lah.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.
Cara ini disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
1. Amalkan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber lar..

Dita Karang Artis KPOP Pertama Dari Indonesia, Ini 7 Fakta Menarik!

May 22, 2020 rencah7 0

Di Korea dan Indonesia sedang hangat memperkatakan tengah sebuah girlband dari Korea yang dikenali sebagai ‘Secret Number’, apa yang menarik tentang idol yang baru masuk industri hiburan Korea ni? Idol kumpulan wanita yang dianggotai lima orang ahli ini, salah seorang anggotanya berasal dari Indonesia.
Ya, Dita Karang atau nama sebenarnya Anak Agung Ayu Puspa Aditya Karang menjadi wanita Indonesia pertama yang menjadi idol Kpop kumpulan wanita di Korea. Ekoran latar belakangnya yang bukan orang Korea menjadikan dirinya di buru oleh media dan peminat dari Korea dan Asia untuk mengenali pemilik suara ayu ini.
Jom kenali lebih rapat siapa artis Kpop yang berasal dari tanah sebarang ini di bawah!
#1 Anak Kelahiran Jogyakarta Foto – Arkib Wanista Dita merupakan anak kelahiran dari Jogyakarta, Indonesia. Dirinya dilahirkan pada 25 Disember 1996, wanita berusia 24 tahun ini membuka mata orang ramai bahawa sesiapa saja boleh menjadi idol Kpop. Dita bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, malah dirinya juga merupakan seorang penari yang hebat juga.
#2 Latar belakang Pendidikan Yang Gempak Foto – Arkib Wanista Dita pernah belajar di kolej ‘The Musical and Dramatic Academy’ (AMDA) dengan mengikuti jurusan ‘Conservatory of the Performing Arts’ di New York. Dalam masa yang sama Dita juga menjalani menjadi trainee artis Kpop di Born Star Training Center di bandar yang sama tempat Dita belajar.
#3 Seorang Penari Berbakat Dek kerana bakat dalam tarian yang begitu menyerlah, Dita pernah berkolaborasi bersama studio tarian 1Million di Gangnam, Seoul dan menari dalam klip video bertajuk ‘Gimme On Up’. Bukan biasa-biasa Dita ni, nak jadi artis Kpop bukan setakat paras rupa saja tapi paling penting bakat pun kena ada.
#4 2NE1 Sumber Inspirasi Jadi Idol Menerusi temubual Dita ketika debut kumpulan ‘Secret Number’, Dita memaklumkan dirinya banyak dipengaruhi dengan 2NE1 sejak zaman sekolah rendah lagi dan dari situ dirinya ingin menjadi artis berdiri di atas pentas nyanyian.
Dita Karang wannabe singer and idol since knows about her sunbaenim 2NE1 and make her to cover their dance #SECRET_NUMBER #시크릿넘버 #WhoDis #MV#DITA #디타 pic.twitter.com/o7fRAMGspT
— Fariz 2 IQbal T (@balebaebae) May 21, 2020
#5 Kaki Kopi Foto – Arkib Wanista Wanita manis ini nampaknya memiliki kelemahan juga, dirinya memang tak boleh kalau tak minum air kopi sehari. Bagi peminat yang tahu, idol manis ini memang kaki kopi, almaklum minuman kegemaran jadi tak sah kalau sehari tak minum air kopi.
#6 Artis Naungan Vine Entertainment Foto – Kpop Profiles Dita dan empat ahli kumpulan yang lain merupakan artis naungan syarikat hiburan Vine Entertainment, di bawah syarikat hiburan ini mereka debut sebagai idol wanita kumpulan Kpop yang dikenali sebagai ‘Secret Number’.
#7 Wanita Indonesi Pertama Jadi Artis Kpop Foto – Arkib Wanista Dita merupakan wanita berasal dari Indonesia pertama yang berjaya menjadi artis Kpop di Korea. Kejayaan Dita menjadi wanita pertama dari Indonesi yang menjadi artis Kpop memberi sinaran buat peminat Kpop di seluruh negara untuk mengejar cita-cita sebagai artis Kpop meskipun diri bukan orang Korea. Luar biasa bukan!
Kumpulan idol wanita yang diberi nama ‘Secret Number’ dari Korea ini baru sahaja debut pada 19 Mei 2020 baru-baru ini. Lagu debut mereka yang bertajuk ‘Who Dis’ mendapat tontonan sebanyak 4.4 juta tontonan di saluran YouTube 1theK!
Bagi yang belum tengok klip video kumpulan ‘Secret Number’ ni, korang patut tengok sebab lagu dan tariannya serius gempak.
Rujukan: 1, 2, 3,
The post Dita Karang Artis KPOP Pertama Dari Indonesia, Ini 7 Fakta Menarik! appeared first on Wanista.com.