10 Jenis Barang ‘Short Girl’ Perlu Ada!

July 6, 2020 rencah7 0

Perempuan yang mempunyai ketinggian yang rendah sentiasa mengalami kesukaran dan berada dalam dilema apabila memilih pakaian dan fesyen yang sesuai untuk mereka. Kebanyakkan fesyen kini menumpukan kepada mereka yang mempunyai ketinggian sekitar 170cm dan ke atas.
Foto – Shemazing Bagi perempuan mempunyai ketinggian yang rendah atau ‘short girl’ mengetahui sekiranya mereka memakai pakaian yang salah, berkemungkinan besar mereka akan kelihatan semakin pendek dan tidak sesuai.
Sebagai seorang ‘short girl’, ini adalah 10 barang yang anda perlu ada!
#1 BLACK SKINNY JEANS
Foto – Cheatsheet Black skinny jeans adalah satu pakaian yang ‘wajib’ perlu ada dalam setiap almari seorang perempuan. Tetapi, untuk ‘short girl’, mempunyai black skinny jeans adalah pilihan yang sangat tepat! Ini kerana warna hitam dan ‘elastic’ jeans berfungsi dalam memberikan gambaran pengecilan kaki. Dipadankan dengan sepasang kasut bertumit tinggi, kaki anda akan kelihatan lebih panjang.
Foto – Arkib Wanista #2 SHORT, FLARED SKIRT
Foto – Cheatsheet Flowing maxi skirts mempunyai kelebihan dalam menampakkan seseorang ‘short girl’ menjadi lebih pendek. Tetapi, bagi ‘short girl’, kelebihan memakai skirt pendek, gambaran kaki anda akan menjadi teratur dan kemas. Dengan gaya skirt yang menonjolkan pinggang anda yang kecil dan kepanjangan skirt sehingga lutut akan menampakkan kaki anda menjadi panjang.
Foto – Arkib Wanista #3 PENCIL SKIRT
Foto – Pinterest Pencil skirt adalah perkara yang ‘wajib’ perlu ada bagi seorang ‘short girl’. Skirt ini berkemampuan dalam membuat anda kelihatan tinggi sambil menonjolkan pinggang anda yang kecil. Pencil skirt ini juga sesuai digunakan sebagai pakaian profesional iaitu sesuai sekiranya ingin kelihatan formal tanpa terlalu konservatif.
Foto – Arkib Wanista #4 CROPPED BLOUSE
Foto – Arkib Wanista Cropped blouse merupakan pakaian yang mempunyai potongan yang sesuai untuk ‘short girl’. Selain baju ini menumpukan pada bahagian tengah badan anda, cropped blouse ini juga berperanan dalam memendekkan badan anda. Baju ini sesuai dipadankan dengan high-waist bottom seperti high-waist skirt, pendek atau seluar panjang yang akan menampakkan anda bergaya dan mempunyai badan yang panjang (kelihatan tinggi).
Foto – Arkib Wanista #5 HIGH-WAIST SHORT
Foto – Arkib Wanista Memakai high-waist short adalah salah satu kaedah dalam menambahkan ketinggian dengan membuat khayalan mempunyai kaki yang lebih panjang daripada sebenarnya. Daripada memilih low-rise jeans dan seluar pendek yang akan menampakkan anda kelihatan lebih rendah, anda boleh menjadikan diri anda kelihatan tinggi dengan memakai high-waist short. Pinggul anda akan kelihatan lebih tinggi dan kaki anda akan menjadi ajaib daripada asal.
Foto – Arkib Wanista #6 WRAP DRESS
Foto – Arkib Wanista Bagi mengelakkan anda daripada kelihatan memakai dress gaya yang salah dan kelihatan besar, anda perlu memilih wrap dress kerana dress ini akan menonjolkan badan anda yang bersaiz kecil. Sekiranya anda memilih dalam memakai shirtdress, anda akan kelihatan besar daripada saiz yang sepatutnya dan hasilnya anda kelihatan lebih pendek dan gemuk.
Foto – Arkib Wanista #7 VERTICALLY-STRIPED SHIRT
Foto – Arkib Wanista Corak merupakan salah satu elemen penting dalam mengubah penampilan seseorang. Sekiranya anda ingin kelihatan lebar, jalur mendatar yang tebal adalah pilihan anda. Tetapi bagi ‘short girl’ yang ingin kelihatan tinggi, jalur menegak merupakan corak yang sesuai bagi mereka. Corak ini menjadi pilihan kebanyakkan ‘short girls’.
Foto – Arkib Wanista #8 STRAIGHT-LEG DENIM
Foto – Arkib Wanista Anda tidak perlu memakai oversize denim untuk menampakkan gambaran bagginess. Tetapi anda boleh mengekalkan gambaran bagginess itu dengan memilih straight-leg denim. Seluar ini sesuai bagi ‘short girls’ kerana saiznya yang tidak terlalu besar sehingga menamppakan pemakaian gaya yang salah.
Foto – Arkib Wanista #9 MINI BAG
Foto – Arkib Wanista Ketika memilih beg tangan, saiz memainkan peranan penting dalam mengetahui sama ada beg tersebut sesuai atau tidak untuk ‘short girl’. Untuk ‘short girl’ tahu sama ada sesuai atau tidak, mereka perlu memilih beg yang sebanding dengan saiz badan mereka iaitu beg yang berukuran kecil sehingga sederhana.
Foto – Arkib Wanista #10 LOW-CUT VAMP
Foto – Arkib Wanista Untuk kelihatan mempunyai kaki yang panjang, low cut vamp, mules dan flats dapat memberikan ilusi kepada kaki ‘short girl’ untuk kelihatan panjang berbanding daripada ankle strap sandals.
Jika anda bersedia untuk kelihatan lebih bergaya dengan fesyen yang sesuai, ‘short girl‘ perlu mempunyai keyakinan dan berbangga dengan saiz badan anda!
RUJUKAN: 1, 2
The post 10 Jenis Barang ‘Short Girl’ Perlu Ada! appeared first on Wanista.com.

Pelajari Teknik Heimlich Untuk Selamatkan Nyawa Anak Jika Tercekik Makanan

July 6, 2020 rencah7 0

Berita anak tiga tahun mati akibat tercekik buah rambutan semalam cukup menyedihkan. Seharusnya ibu bapa mengambil pengajaran tentang kejadian ini.
Kita mohon dijauhi tapi pada masa yang sama ibu bapa juga perlu belajar teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa jika ia berlaku kepada anak kita.
Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak.
Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
Jika bayi kurang daripada setahun 1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan. 2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 ..

Kenapa Ada Masa Anda Menangis Tanpa Sebab, Ini Kata Doktor

July 6, 2020 rencah7 0

Menangislah!
Menangis bukan satu perbuatan yang memalukan atau melemahkan. Baik lelaki atau wanita akan menangis atas sesuatu perkara yang berlaku.
Walaupun sebilangan besar dari kita mengaitkan tangisan dengan kesedihan atau sebagai reaksi terhadap situasi negatif, tapi adakalanya tidak. Contohnya, anda mungkin rasa terharu dalam keadaan gembira dan mendapati mata anda berlinang air mata.
Ada sebilangan orang tidak tahu mengapa mereka menangis. Tiba-tiba air mata menitis dan perasaan mereka kacau. Lalu apa penyebab seseorang menangis tanpa sebab? Sebenarnya, terdapat beberapa gangguan psikologi dan neurologi yang boleh menyebabkan orang menangis tanpa sebab.
Giphy Gejala kemurungan antara penyebab orang menangis tanpa sebab Biasanya air mata yang berlebihan sering dikaitkan dengan kemurungan. Kemurungan adalah gangguan jiwa yang membuat anda merasa sedih secara berlarutan.
Tangisan yang dikaitkan dengan gejala kemurungan apabila anda menangisi hal-hal yang remeh dan langsung tidak mengetahui alasan berbuat demikian. Air mata sukar ditahan dan keluar lebih banyak dari biasa.
Walau bagaimanapun, air mata yang berlebihan ini adalah gejala kemurungan ringan. Orang yang mengalami kemurungan ekstrem biasanya sukar untuk meluahkan perasaan mereka, termasuk kesukaran untuk menangis.
Mungkin kerana gangguan anxiety (kebimbangan/kecemasan) Setiap orang boleh merasa gugup dan cemas. Namun, hal ini berbeza dengan orang yang mengalami anxiety.
Orang yang mengalami anxiety lebih kerap merasa bimbang dan gugup, bahkan setiap hari atau pada bila-bila masa. Gejala anxiety termasuk kegelisahan berlebihan, mudah marah, ketegangan otot, merasa letih sepanjang masa, kesukaran fokus dan kesukaran tidur.
Menangis tanpa sebab juga boleh disebabkan oleh masalah neurologi, seperti pseudobulbar Pseudobulbar affect (PBA) adalah gangguan neurologi yang disebabkan oleh kecederaan atau gangguan pada bahagian otak yang mengawal emosi seseorang. Orang menghidap PBA selalunya sukar mengawal emosi.
Kerana mempunyai simptom yang sama, PBA sering disalah anggap sebagai kemurungan. PBA sering terjadi pada orang yang mempunyai sejarah strok, Parkinson, Alzheimer, demensia, amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan multiple sclerosis (MS).
Baca : Nangis Banyak-Banyak Kalau Nak Dapat 5 Manfaat Kesihatan Ni
Walaupun normal jika anda merasa terharu dan menangis apabila membaca atau melihat sesuatu, tetapi ada perkara-perkara tertentu yang mesti anda pertimbangkan terutamanya jika anda sering menangis secara berlarutan.
Lagi pula pada perkara remeh dan sendiri tidak tahu, ini adalah red flag. Anda perlu berjumpa doktor dan mendapatkan pertolongan. Kemungkinan 3 perkara di atas berlaku dalam diri tanpa disedari.
RUJUKAN : 1, 2
The post Kenapa Ada Masa Anda Menangis Tanpa Sebab, Ini Kata Doktor appeared first on Wanista.com.

No Image

Apam Inti Kacang Merah Tak Cukup Satu

July 6, 2020 rencah7 0

Sudah terbiasa menghidangkan keluarga menu minum petang. Kadang kala buntu juga nak fikir kuih muih yang sedap dan mudah buat. Apam ada pelbagai jenis , malah ada yang biasa dan juga berinti. Boleh letak inti kelapa dan juga inti kacang merah. Comel dan gebu, memang geram nak makan.

Apam inti kacang merah

Bahan-bahan:
2 sudu teh yis
Setengah cawan air suam @100ml
1 sudu teh gula

Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati. Biar sekejap hingga berbuih,

1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti kacang merah dah manis,
1 cawan air bersamaan 200ml
Nak letak esen boleh je ye.. dan pewarna yang disukai

Cara memasak:

1.Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas.
2.Kacau-kacau guna senduk bagi dia tak berketul-ketul.
3.Kemudian tuang adunan yis.. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati.
4.perap 40minit bagi adunan naik ye.
5.Dah naik kacau-kacau lepastu ikut suka n..

7 Tabiat Harus Henti Demi Kesihatan Yang ‘Tip-Top’

July 6, 2020 rencah7 0

Siapa yang tidak mahukan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat tanpa mengganggu fikiran dan aktiviti harian. Namun, hakikatnya, ada kebiasaan tertentu yang kita lakukan seharian berkemungkinan akan meningkatkan risiko menghidap penyakit yang tidak diingini.
Nak tahu apa dia, teruskan pembacaan di bawah.
Duduk Menyilang Kaki Foto – Cosmopolitan Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih daripada 45 minit.
Kerap Membongkok Foto – diet sihat Membongkok boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda.
Tidur Meniarap Foto – Health Elakkan daripada tidur terlalu lama dalam posisi meniarap kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur terbaik adalah dalam keadaan terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.
Terus Melakukan Regangan Setelah Bangun Tidur Foto – Twitter Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Akibatnya, anda akan berasa sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan setelah bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.
Memakai Jeans Terlalu Ketat Foto – Unplash Jika anda memakai jeans yang terlalu ketat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Tambahan pula, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah dalam tubuh.
Memakai Tali Pinggang Terlalu Ketat Foto – Rue La La Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas secara normal.
Membawa Beg Tangan Terlalu Berat Foto – Insider Kebanyakan anda membawa beg tangan yang digalas di bahu pada satu sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal badan. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak di dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.
Selamat Beramal!
The post 7 Tabiat Harus Henti Demi Kesihatan Yang ‘Tip-Top’ appeared first on Wanista.com.

Coklat Cornflakes Crunchy Cookies Dengan Rasa Koko, Rangup Bercoklat.

July 5, 2020 rencah7 0

Coklat Cornflakes Crunchy Cookie dengan rasa koko. Rangup dan kaya dengan rasa coklat. Ni dia resipi biskut cornflakes yang super sedap.
Cornflakes diramas kasar baru krap krup bunyinya. Tambah pula tepung jagung memang gerenti rangup. Meh kita follow resipi dari Farisha Sofea yang banyak berkongsi resipi-resipi menarik di laman FB nya. Kunyah-kunyah depan tv , tau-tau dah habis sebalang.
CHOCOLATE CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

BAHAN-BAHAN :
150gm mentega 70gm gula kastor 1 biji telur gred A 1 sudu kecil 130gm tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung 60gm serbuk koko 1/2 sudu kecil serbuk penaik 50gm cornflakes ( diramas kasar ) CARA MEMASAK :
1. Satukan mentega bersama gula dan pukul sehingga kembang dan sebati .
2. Masukkan telur dan juga esen vanilla .
pukul rata .
3. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko dan juga serbuk penaik .
4. Kacau adunan sehingga sebati barulah dimasukkan cornflakes, gaul rata.
5. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit .
6. Kemudian bentukkan a..

Resepi Bihun Sup Utara Simple Tapi ‘Power’, Rebus Je Semua Bahan Dalam Periuk!

July 5, 2020 rencah7 0

Selalu buat bihun sup biasa je kan… So apa kata sesekali kita cuba buat bihun sup utara pulak.
Sebelum tu, nak tahu tak apa bezanya bihun sup utara ni dengan bihun sup biasa?
Ada 2 perkara utama yang unik tentang bihun sup utara iaitu:
Bihun sup utara ni cabainya mesti merah berbanding sambal kicap warna hitam yang biasa tu. Lagi satu bihunnya pulak mesti warna kuning, bukannya putih. Siapa dah biasa makan mesti dapat bezakan keunikan rasa antara bihun sup biasa dengan bihun sup utara.
Jadi jom kita tengok resepi bihun sup utara yang simple tapi power oleh Puan Zaini Talib.
Resepi Bihun Sup Utara (Sup Tulang) Jom tengok resepi bihun sup utara yang mudah beserta bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap penyediannya di bawah ini.
A. Untuk Bihun Kuning Bahan bahan 1 peket bihun 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit Cara Rebus Bihun Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi. Bila dah agak lembut bihun tu, terus bilas dengan air paip dan kemudian ditapis/ to..

5 Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

July 5, 2020 rencah7 0

Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan, boleh lah cuba resipi-resipi ni
1. BEBOLA UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi keledek-rebus & mashed 1 biji telur 1/2 sudu baking powder tepung secukupnya minyak untuk menggoreng sedikit garam 3 tsb gula CARA PENYEDIAAN
Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang. Sedap dimakan panas. Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. KUIH GERODAK UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN
600 gm keledek (resipi ni guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sebab nak kurangkan manis) 7 biji telur (gred A) 5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (resipi ni guna 4 keping je sebab taknak manis sangat) 1 cawan air 2 helai daun pandan ~ disimpul 10 kuntum bunga cengkih 1/2 sudu kecil garam CARA PENYEDI..

Spaghetti Terenak Citarasa Tempatan, Anak-anak Suka Nih.

July 4, 2020 rencah7 0

Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB

BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning) 14 helai daun kari 3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil 2 sudu makan lada benggala/didadu kecil 3 sudu makan mentega 4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan 400 gm spaghetti 4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun Secubit garam Serbuk lada hitam secukup rasa 2 ekor ketam lembut /saiz sederhana Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung 2 sudu makan serbuk paprika Garam secukup rasa CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan bawang dan masukkan daun kari. Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10..

Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Terlajak Sedap

July 4, 2020 rencah7 0

Dapat daging bakar dengan hirisan daging yang manis dan empuk memang boleh layan. Tak usah lauk lain. Namun nak dapat daging dan pencicah yang menepati cita rasa memang susah. Korang boleh cuba resipi yang Cheyah kongsi ni. Puas hati weyy. Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah.
Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai
Perapan Daging
500gm daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam.

2.Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan.

3.Nak tip bagi cun masa membakar, tambahkan sedikit minyak masak.

4.Perap dalam 4-5 jam. Baru dibakar hingga masak.

Sos Ala Thai
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang..