Cara Tanam Bayam Brazil Bersama Bawang Putih, Haiwan Perosak Tak Akan Datang!

Serangga perosak yang menyerang tanaman terutamanya sayur-sayuran kita pastinya menajdi satu masalah besar. Lebih-lebih lagi menyerang tanaman yang baru sahaja di tanam, ini juga membuatkan kita berasa marah dan geram dengan perkara tersebut.

Perkara ini seakan mengganggu, manakan tidak, tanaman yang kita harapakan tumbuh subur dan boleh dimakan hasilnya tetapi tidak kesampaian kerana serangga perosak ini.

Walaubagaimanpun, salah seorang pengguna laman Facebook, Suzurina binti Muda berkongsi tentang cara menghalang dan menyelamatkan tanaman dari serangga perosak dengan lebih selamat tanpa menggunakan racun.

PETUA BAWANG PUTIH, RUGI TAK BACA.

Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk jer bawang putih seulas seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang dah siap kupas tu jer, terus cucuk kat pokok. Macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu. Pokok cili awal-awal pun saya buat macam ni.

Boleh juga buat macam ni kat pokok-pokok yang lain. Saya dapat video sharing ni dari youtube. Dulu saya kisar bawang putih dan spray tapi lama-lama tak terbuat dah. Sejak jumpa video itu, tu je saya buat.

Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab tak ada dah siput halus-halus dan besar. Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni. Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Sumber : Suzurina Binti Muda

(Visited 5 times, 1 visits today)