Cara Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet, Cuma Guna Meja Banquet Tetap Nampak Kemas & Cantik

Kalau menyewa rumah selalunya memang dapur tiada kabinet. Yang ada cuma singki.

Tanpa kabinet selalu memang susah dapur untuk nampak kemas kerana barang keperluan memasak yang banyak.

Tapi kalau kreatif, sebenarnya tanpa kabinet dapur boleh nampak teratur. Caranya boleh ikut perkongsian kreatif Adiha Adib yang hanya menggunakan meja banquet sebagai penyelesaian. Pandai-pandailah kita menyusun atur untuk meletakkan barang dapur supaya nampak kemas.

SEBELUM

Baru masuk rumah, hanya ada singki saja

SELEPAS TRANSFORM

DIY meja banquet jadi kabinet

1) Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)

Meja banquet:
• Carousell : Rm45
• Shopee : Rm70

2) Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan singki.
(Take note ketebalan kayu, contoh: 1.2cm)

Panjang kayu mengikut yg diperlukan. Contoh: Dari dinding ke singki

Kayu:
• Kayu terpakai Meru : 2 keping RM25

3) Tinggikan meja banquet selaras dengan singki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware (8 batang untuk 2 meja banquet)

Ukur siap-siap panjang besi yg diperlukan,=

Baki ketinggian yg diperlukan = Ketinggian Singki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)

Panjang besi = Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal

Besi
• 8 batang RM17

4) Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh

Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60

5) Finishing:
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting

Tampal Velcro (belah kanan) menggunakan GAM.

GAM Dunlop RM3+
• Kedai DIY

SELEPAS

  • Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20
  • Marble Wallpaper : 6meter Rm27

  • Bekas: Rm2.00+ / botol
  • 2 ply & Kedai Eco

  • Langsir meja + Velcro : RM83
  • Skirting Miety Zain
  • Rak Ikea (Lerberg): RM69

The post Cara Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet, Cuma Guna Meja Banquet Tetap Nampak Kemas & Cantik appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 7 times, 1 visits today)