Cara Pantas DIY Jamu Buang Angin, Lawaskan Perut, Atasi Keputihan, Kecutkan Peranakan Dan Awet Muda

Buat jamu sendiri memang lebih puas hati dan menjimatkan berbanding beli yang dah siap.Fungsi jamu pastinya untuk kesihatan dalaman, sekaligus mampu memberi kesan pada kecantikan luaran wanita. Menerusi perkongsian Suhanna Zakaria,jamu yang beliau amalkan ini mempunyai khasiat untuk buang angin dalam badan, lawaskan perut,atasi keputihan, kecutkan peranakan dan naikkan seri wajah awet muda.

Berikut antara perkongsian tersebut;
“Dah pepetang ni baru ada free sikit nak share something yang Kak Ana Gojes rasa korang patut buat sendiri je kat rumah.Asyik masak makanan pun boring juga kann. So lets masak jamu untuk diri sendiri pulak. Moga moga lepas amal jamu ni, tetap jadi kekasih awal dan akhir untuk hubby korang.

Sebenarnya jamu ni memang Kak Ana Gojes sendiri amalkan. Save banyak taw duit bila buat sendiri.Badan pun lain macam bila kita jadikan amalan. Cargass walaupun dah umur macam sekarang ni. Korang yang muda muda tu elok amalkan segera. Untuk awet muda pun ya.

Sebelum ni Kak Ana Gojes beli yang ready made je, ada la dalam sratus ringgit sebulan. Better korang buat sendiri je. Duit seratus tu boleh juga simpan time emergency.Kita guna barang barang kat dapur je. Cara masak pun senang yakmat. Korang minum ni tetiap hari. Sekali sehari pun dah okey.

Make sure air puteh kena minum banyak ya. Biar segala toksin dalam badan tu keluar semua. Bagus taw jamu ni untuk buang angin, senggugut dan kecutkan peranakan.

Bahan-Bahan:
1 1/2 inci kunyit hidup } hiris nipis
1 inci halia } hiris nipis
1 inci gula melaka @ gula merah
1 sudu besar pes asam jawa.
1/4 sudu teh serbuk manjakani (optional)
1 liter air

Cara Membuat :
1.Didihkan dulu air, kemudian masukkan semua bahan. Reneh sehingga air satu liter tu tinggal separuh je.

2.Nak senang masukkan dalam rice cooker so tak perlu nak tunggu kat situ lama-lama.Boleh reneh sambil buat kerja lain. Kan senang.

3.Dah siap. Tapis kan dan sejukkan sebelum masukkan ke dalam botol. Simpan dalam peti ais. Cukup untuk bekalan dalam seminggu.

Jamu yang dah siap di tapis. Tunggu sejuk je tu untuk simpan dalam botol.

Khasiatnya:
Buang angin, lawaskan perut, keputihan, kecutkan peranakan, perapat dan seri wajah.

Amalkan dalam seminggu pun dah boleh nampak perubahan.

Boleh minum time period untuk lawaskan darah haid.

Minum sikit je. Dalam 6 sudu besar je. Atau boleh tengok kat gambar. Tak sampai separuh cawan pun kan.

Lepas minum jamu. Minum air suam segelas taw. Jangan lupa.

Selamat mencuba ya.

Sumber:Suhanna Zakaria via (MAHN)

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah

(Visited 3,731 times, 1 visits today)