Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple, Sesuai Untuk Yang First Time Nak Masak

Hidangan kuah kacang ni wajib ada bila raya. Tahun ni kita tak balik kampung jadi kita belajarlah masak sendiri kuah kacang untuk makan dengan nasi impit.

Kalau nak senang boleh ikut resepi yang dikongsi oleh Abdul Razak Abdul Rahim.Yang ni paling simple. Sesuai untuk yang baru first time nak buat.

Kuah kacang simple

2 cawan kacang tanah -digoreng dan dikisar
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah(besar)
Segenggam cili kering
Asam jawa (pes pun boleh)
Gula Melaka/gula biasa
Garam

Cara membuat:

1. Kisar serai halia,bawang merah, dan cili kering.

2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

3. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu. Masukkan sikit-sikit supaya tak terlebih masam.

4. Masukkan kacang goreng yang dikisar 2 cawan. Kalau tak pekat, tambah lagi.

5.Masukkan gula melaka atau gula biasa dan garam ikut suka hati. Kuah kacang sedap kalau manis

6. Masak lagi hingga pecah minyak.

SIAP

TIP

  • Nasi impit rebus sebelum sebelah malam, pagi boleh makan. Kuah kacang buat awal tak apa, makin lama panas kan makin sedap .
  • Ada suka masuk udang kering terpulang.
  • Kalau kuah pekat sangat masukkan air. Selamat mencuba

Sumber: Abdul Razak Abdul Rahim

The post Cara Masak Kuah Kacang Paling Simple, Sesuai Untuk Yang First Time Nak Masak appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 6 times, 1 visits today)