Cara Buat ‘Delivery’ Barang Paling Pantas, Guna Kapal Terbang! Jarak 460KM Tapi 2 Jam Barang Dah Sampai!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, perkhidmatan kurier servis dapat sambutan ramai. Maklumlah duduk rumah tak boleh keluar jadi banyak yang beli barang secara online.

Rungutan barang lambat dan tak sampai pun banyak juga. Kalau ada yang dah bosan menunggu kurier yang makan masa berhari-hari, kita sebenarnya ada saja alternatif lain untuk barang yang dipesan atau dihantar diterima dengan cepat.

Boleh guna servis kurier melalui penerbangan antaranya FireFly Express. Pernah menggunakan servis ini sebanyak dua kali, ZulFadzli Mohd Tahir Biz pengedar kambing perap berkongsi info dan pengalaman menggunakan perkhidmatan ini. Ramai tak tahu kan!

Sampai hari yang sama

Jarak sejauh 460km, tapi barang boleh sampai kurang dari 2jam.
Sedikit review penggunaan servis kurier dari FireFly Express.

Harga :
1)1kg – 10kg : RM20
2) 10.1kg – 15kg : RM30

  • RM5/kg tambahan untuk setiap lebihan berat (berat maximum bg satu kotak 32kg).
  • Harga belum masuk SST 6%.

Langkah untuk buat penghantaran

1) Penghantaran boleh ikut jadual perlepasan penerbangan di web rasmi Firefly.
2) Berada di airport sejam awal dari waktu penerbangan.
3) Pemeriksaan kastam, daftar masuk di kaunter & isi borang.
4) Bayar secara tunai / debit.
Selesai.

Terma servis

  • Hanya untuk penerbangan terus sahaja.
  • Airport ke airport sahaja, tiada service hantar ke rumah.
  • Airport yang mempunyai servis penerbangan Firefly sahaja.
  • Tiada ruang penyimpanan setelah barang sampai di airport.

Selamat mencuba gais!
Ni hantar kambing pukul 12, kul 1.30ptg dah sampai sana.
Ais pun tak sempat cair lagi.

Sumber: ZulFadzli Mohd Tahir Biz

The post Cara Buat ‘Delivery’ Barang Paling Pantas, Guna Kapal Terbang! Jarak 460KM Tapi 2 Jam Barang Dah Sampai! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 2 times, 1 visits today)