Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

Terasa nak buat biskut Tat Gulung Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!

RESIPI TAT CADBURY 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega/marjerin
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
  • Kepingan coklat cadbury secukupnya – empunya resipi guna yang Dairy Milk
  • Acuan tart
  • Kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.

2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.

3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)

4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.

5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.

6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.

7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.

TIP : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.

Kredit resipi & foto: Sri Noratika Hassan

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Biskut Semperit Susu Paling Mudah. Hanya Guna 4 Bahan.

Biskut Raya Ala Famous Amos Yang Sedap, Mudah & Rangup.

The post Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan. appeared first on RASA.

(Visited 84 times, 1 visits today)