Cara Betul Buang Jarum Insulin Selepas Guna, Elak Orang Lain Tercedera & Dijangkiti

Insulin merupakan ubat yang diambil oleh penghidap penyakit diabetis. Namun, bukan semua penghidap diabetis memerlukan pengambilan insulin dan beranggapan bahawa kehidupan mereka akan berakhir apabila perlu mengambil ubatan sebegini. Penting juga untuk para pengguna insulin dan jarum suntikan insulin mengetahui cara yang betul untuk membuang jarum tersebut selepas penggunaan.

Ini untuk memastikan bahawa bukan sahaja kebersihan dapat dijaga, malah memudahkan juga proses pengutipan sampah.

CARA PEMBUANGAN JARUM PEN INSULIN

Pembuangan jarum pen insulin yang telah digunakan dengan selamat dapat membantu menghalang orang lain terutama pekerja yang mengutip sampah dari tercedera dan dijangkiti penyakit.

1. Buang jarum yang telah digunakan ke dalam bekas, contohnya botol air minuman & botol plastik sabun pencuci.

2. Apabila telah penuh, pasangkan penutup bekas dengan ketat dan sempurna.

3. Buangkan ke dalam tong sampah atau serahkan kepada farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan untuk pelupusan.

*Pastikana anda buang dengan betul ya!

Sumber: Public Health

(Visited 7 times, 1 visits today)