Cabaran Memasak KOL 7 Hari Bersama Philips

Sepanjang PKP ini ramai yang memenuhi aktiviti harian dengan memasak. Maka lahirlah idea dan inspirasi baru untuk mencuba menu-menu yang menarik dan lazat untuk dinikmati sekeluarga. Dalam waktu yang sama seluruh isi rumah turut berjimat dengan menyediakan makanan sendiri dari kerap membeli. Lebih terjamin kebersihan dan kesihatan serta puas makan.

Menyedari akan keperluan itu, Majalah RASA dan jenama Philips menganjurkan 7 hari Bersama Philips #rasa masakchallengexphilips menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL. Penggunaan kedua peralatan ini sungguh sempurna buat anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat.

All-In-One Cooker memasak hidangan secara efisien 6 kali lebih cepat berbanding model terdahulu. Manakala memasak menggunakan Airfryer XXL keenakan rasa yang maksimum serta minimum lemak. Airfryer XXL menggunakan haba panas untuk memasak makanan kegemaran dengan menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak.

Cabaran memasak ini melibatkan tiga orang KOL dengan jutaan pengikut yang tinggi di instagram masing-masing iaitu dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy

Muhammad Firdaus Zamri

Merupakan seorang pereka grafik yang mempunyai minat tinggi dalam masakan. Mula memasak sejak berusia 10 tahun dan mula aktif berkongsi video masakan di Instagram ketika belajar di kolej. Dengan gayanya yang santai serta menggunakan loghat utara menambat hati ramai peminat untuk mengikuti di instagram dapoq_pdot. Resipi yang dikongsinya praktikal dan mudah diikuti.

Arianna Natasha Abd Zambree

Gaya percakapan gadis manis ini di setiap video masakan yang dihasilkan sangat memikat hati. Maka tidak hairan ramai pengikutnya di instagram arianna.kitchen. Arianna punyai gaya tersendiri dalam mempersembahkan setiap video masakan dengan resipi semasa dan memberi impak yang bermakna buat pengikutnya.

Mohd Asri Atan

Melihat gaya Ashhryyyyy memasak dalam instagram ashhryyyyy dengan tagline sho shedap buat ramai tertawan hati. Style percakapan yang cepat dan menu masakan yang cepat disediakan serta enak menjadi signature anak muda ini. Video masakannya hanya menggunakan peralatan asas dan bahan terpilih sudah mampu menyediakan resipi enak.

Cabaran ini bermula dari 18 sehingga 24 Mei 2020 dengan menggunakan #rasamasakchallengeXphilips
#syukurbersama#indahkansenyumaneratkanjalinan . Setiap KOL akan memasak dua hingga tiga resipi bertema menu Ramadan dan Hari Raya menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL .

Mereka perlu menyediakan hidangan yang serba ringkas dan enak dengan bajet di bawah RM30 . Apabila memasak menggunakan kedua peralatan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan teknik yang ditunjukkan oleh KOL ini. Antara menu tersebut ialah Ayam Panggang Rose, Kek Marble, Pizza Sosej Keju dan Kari Ayam Kampung.

Selepas itu KOL perlu menyunting sendiri video masakan yang dihasilkan dengan style masing-masing. Semestinya video yang dihasilkan oleh ketiga-tiga KOL ini dinantikan oleh jutaan pengikut mereka. Tambahan pula menu yang disediakan bertemakan Ramadan dan Hari Raya.

The post Cabaran Memasak KOL 7 Hari Bersama Philips appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)