Bunyi Guli & Perabot Ditarik Tanda Gangguan, Hidupkan Rumah Dengan Amalan Sunnah Elak Jadi Tumpangan Jin

Bagi mereka yang tinggal di kondominium ataupun apartment, pasti bunyi guli tergolek, bunyi perabot ditarik ataupun barang terhempas adalah perkara normal. Pasti setiap orang akan pernah mengalami keadaan seperti ini.

Jika perkara seperti ini berlaku, pasti anda akan memikirkan yang jiran di bahagian atas sedang mengemas rumah walaupun perkara tersebut berlaku pada tengah malam. Juga ada yang mengalaminya tetapi rumah di atas sebenarnya tidak berpenghuni. Perkara seperti ini pasti menjadi menjadi tanda tanya. Ikuti perkongsian Tengku Daeng Mawelle melalui laman Facebooknya berkenaan kenapa perkara ini berlaku.

Itu Tanda Dari Rumah Kita

Ramai yang salah faham bila dengar bunyi perabot diseret , bunyi guli , bunyi pasir jatuh atas atap, bunyi barang dihempas , bunyi bertukang sedangkan di rumah jiran kita tu tiada orang. Tak kira lah rumah flat, apartment dan condo.

Bunyi-bunyi macam tu bukan sebab rumah jiran kita tu berhantu , Tapi itu tanda dari rumah kita atau diri kita ni ada something wrong berkaitan dengan gangguan jin/saka/sihir dan yang berkenaan.

Rumah kalau dah tak hidup dengan ibadah , sunnah nabi , dan mengaji al-quran , Memang tak pelik benda tu tinggal sekali dengan kita , Hanya kita saja yang tak nampak , Tapi segala tanda tu mesti ada yang benda tu ada di dalam rumah kita .

Hidupkan Rumah Dengan Amalan

Kalau masuk rumah tu rajin-rajinlah bagi salam, baca surah lazim ke, kebersihan kena jaga terutamanya dalam tandas , Maghrib dan subuh rajin-rajinlah mengaji quran , tengah malam bangun solat tahajud , rumah pun ada istilah rumah mati dan hidup.

Rumah yang hidup adalah rumah yang hidup dengan sunnah-sunnah Nabi S.A.W. Bila rumah hidup dengan ibadah , Malaikat pun selalu berada di rumah kita , Tapi kalau rumah yang sekadar rumah buat tempat makan tidur berak dan tidak ada ibadah yang dilakukan , Jin Syaitan pun suka dan tumpang tinggal sekali dengan kita.

Meminta Perlindungan Dari Allah S.W.T

Jadi jangan salahkan orang lain hantar santau dan sebagainya , kalau ada gangguan , kelibat makhluk halus dan Bunyi-bunyi yang kita dengar , Kalau diri kita pun malas nak beribadah dan hidupkan sunnah Nabi dalam rumah sendiri.

Selalu lah berdoa meminta perlindungan dari Allah , Kita hanya usaha dan ikhtiar sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan para ulama untuk menjauhkan gangguan jin/syaitan , Hanya Allah lah yang Maha Berkuasa melindungi dan memberikan kita pertolongan.

8 Amalan Elak Kena Gangguan Jin, Syaitan Atau Sihir

Selain itu, jika anda takut diganggu oleh jin ataupun mahu elakkan terkena sihir, anda boleh amalkan amalan ini bagi mengelak terkena gangguan gangguan tersebut.

1. Makan kurma ‘Ajwah dan kurma Madinah

2. Berwuduk sebelum tidur

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah

4. Mendirikan solat tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

6. Amalkan membaca ayat kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur

7. Amalkan membaca zikir waktu pagi dan petang

8. Amalkan matsurat

Sumber : Tengku Daeng Mawelle

(Visited 3 times, 1 visits today)