Buka Puasa Dengan Cinnamon Roll Pasti Habis Seloyang

Pasti ada yang sudah mula berpuasa enam. Tentunya terfikir di kepala nak masak yang istimewa buat sekeluarga makan. Bagi yang suka makan makanan manis kuih muih pasti tidak ketinggalan. Teringin pula Cinnamon Roll dengan aroma bau kayu manis memang tak cukup satu. Boleh buat ni untuk berbuka nanti.

Cinnamon Roll

Bahan-bahan:

1 cawan susu suam
85 gm butter cair
85 gm gula
1 peket yis
2 biji telur gred A
*Bahan2 atas ni campur semua. Kemudian tunggu 10 minit bagi yis naik kembang buih. Kemudian tambah

585gm tepung high protein *guna tepung gandum boleh tapi kurang lembut

Cara membuat:

1.Ni rupa setelah di uli-uli ke semua bahan-bahan yang dicampur tadi. Saya uli pakai hand mixer. Guna besi yang spiral tu ok untuk menguli. Uli-uli kejap jer…sampai licin sikit tak melekat bila pegang.

2.Ha licin camni. Biar sekejap tutup naik selama 30 minit. Ni saya buat dua adunan so nampak banyak. Bahagikan. Nak sama rata …sila timbang.

3.Ambil 1 bahg..bulat-bulatkan. Sedia untuk dicanai.

4.Canai nipis camni memanjang. Supaya gulungan nampak banyak lapis. Dekat pelapik tu jangan letak tepung..kang lari-lari doh susah nak canai okay.

5.Sapu butter banyak keseluruhan doh.

6.Taburkan gula+cinnamon. Ratio main agak-agak kalau suka cinnamon lebihkanlah.

7.Tabur penuh padat gini tau. Kalau tabur sikit-sikit tak berasa cinnamon roll..baik makan roti kosong

8.Ok start gulung

9.Siap gulung kemaskan hujungnya.

10.Potong-potong lah uolsss.

11.Susun dalam bekas. Tutup kejap..put aside biarkan dia kembang sampai penuh bekas. Baru bakar. 200°C Selama 15 minit. Tengok jugak ya…lain oven lain timing.

12.Ni Original Cinnamon Roll. Untuk dapat effect kilat ni..lepas jer kuar oven..masa panas tu terus sapu butter ok.

13.Ni Choc Cinnamon Roll. Bezanya cuma add on tabur serbuk koko dan choc chip pada doh sebelum digulung. Okay. Ehh lapar lak rasa

Kredit: Asmawati Ayob

Dendeng Daging Berlado Asli Minang

The post Buka Puasa Dengan Cinnamon Roll Pasti Habis Seloyang appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)