Buat sendiri Ketupat Palas Untuk Raya, Cara Nak Bungkus Ikut Tutorial Ini. Mudah Saja!

Kebanyakan kita tak beraya di kampung Syawal kali ini. Meski sedih tak beraya dengan orang tua, persiapan tetap perlu ada.

Paling tidak pun ada ketupat palas. Jika raya sebelum ini orang tua kita yang sediakan, nampak gayanya tahun ini kenalah
belajar buat sendiri.

Kalau lihat cara yang dikongsi oleh Rusmani Hamzah ini, ia taklah serumit mana. Jadi apa kata kita cuba!

Cara Buat Ketupat Lemak

Bahan-bahannya

Daun palas
1 kg beras pulut basuh dn rendam 1½ jam atau 2 jam
400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
Serunding daging jika mahu buat ketupat serunding

Cara masak pulut untuk ketupat lemak

1. Campur garam dan gula dalam santan. Kacau sebati lalu ketepikan.

2. Toskan beras pulut.

3. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila letak beras pulut, buat lubang di tengah beras supaya wap naik ke dalam pulut.

4. Masak air utk mengukus hingga didih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.

5. Siap kukus tuang pulut dalam besen. Tuang santan pada pulut yang masih panas tadi. Gaul hingga sebati, gaul lebih kurang
minit. Rehat dalam 5 minit utk santan meresap dalam pulut.

6. Kukus pulut kali kedua selama 20 minit.

7. Tuang pulut dalam besen, gaul selama 3 minit.

8. Tunggu pulut sejuk selama 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dgn daun palas.

9. Ketupat yang dah siap dibungkus boleh disejukbeku atau kukus jika mahu dimakan terus.

Cara bungkus dan ikat ketupat boleh langkah ini.

  1. Cara bungkus dan ikat ketupat lemak
  2. Cara bungkus dan ikat ketupat serunding

Sumber: Rusmani Hamzah

The post Buat sendiri Ketupat Palas Untuk Raya, Cara Nak Bungkus Ikut Tutorial Ini. Mudah Saja! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 6 times, 1 visits today)