Buat Sendiri Hidangan Meatball Ikea Di Rumah, Tak Susah Mana Pun

Ramai peminat meatball Ikea tapi musim PKP ini terpaksalah menahan rindu untuk makan. Tapi kalau teringin boleh saja buat sendiri meatball ala Ikea ni. Resipi pun memang dikongsi oleh Ikea sendiri.

Untuk lebih mudah boleh ikut perkongsian Zan Zafirah Zainal yang sudah pun mencubanya.

Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun.

Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

Bahan untuk meatball:

750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam

Cara membuat:

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).

Bahan untuk sos:

40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream

Cara membuat:

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Tuang atas meatball dan letak sedikit jem. Dah siap!

Sumber: Zan Zafirah Zainal

The post Buat Sendiri Hidangan Meatball Ikea Di Rumah, Tak Susah Mana Pun appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 6 times, 1 visits today)