Buat Sendiri Ayam Gunting Ala Uncle Bob Kegemaran Anak-Anak, Tak Perlu Beli Lagi!

Loading...

Selain nuget, ayam gunting juga antara jajan kegemaran anak. Biasa dijual di depan sekolah atau pasar malam. Kadang-kadang sanggup tak makan di kantin sekolah untuk beli ayam gunting ini.

Kalau anak dah suka, apa kata kita buat saja sendiri kat rumah ikut resipi perkongsian Puan Zaitun Abdul Hamid. Nak buat berniaga pun boleh juga.

Bahan-bahannya:

Ayam – beli bahagian dada yang sudah dibuang tulang. Potong nipis-nipis kemudian perap ayam dengan
4 sudu sos tiram
2 sudu serbuk BBQ Cosway/2 sudu sos black paper Kimball.
2 sudu jus lime/perahan lemon.

Bahan-bahan untuk salutan:

  • Tepung Bistari pedas/ori
  • Tepung ubi/tepung beras
  • Sedikit serbuk roti
  • Sukatannya bergantung kepada kuantiti ayam
  • Serbuk cili dan serbuk lada putih – untuk ditabur pada ayam yang dah siap digoreng nanti.

Cara membuat:

  • Perap ayam selama satu jam
  • Gaul ayam yg diperap tadi pada bahan salutan yang sudah siap dicampur.
  • Tumbuk-tumbuk sikit isi ayam supaya tepung melekat pada isi ayam dan padu supaya nampak cantik bila digoreng.

  • Goreng hingga garing.
  • Selepas goreng tabur dengan serbuk cili dan lada putih, kemudian bolehlah digunting.

Siap!


Sumber: Zaitun Abdul Hamid

The post Buat Sendiri Ayam Gunting Ala Uncle Bob Kegemaran Anak-Anak, Tak Perlu Beli Lagi! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 11 times, 1 visits today)
Loading...