Buat Sendiri Ayam Goreng Ala McD , Jimat Rasa Sama Sebijik!

Ayam goreng ini memang jadi kegemaran ramai terutama yang spicy. Pedas tapi sedap. Selalunya kita termasuk anak-anak makan begitu saja.

Kalau dah sekeluarga suka, elok rasa jika kita belajar buat sendiri demi penjimatan. Kan sekarang kita kena berjimat cermat.

Boleh cuba resipi yang dikongsi Noraslina Harun ini, ramai yang dah cuba dan kata rasanya sebijik macam ayam goreng McD.

Resipi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan :

Ayam
Tepung jenama Bestari
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak
Reseipi ni tak memerlukan garam sebab tepung Bestari tu dah masin

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung Bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam)

2. Masukkan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam.

3. Sediakan tepung untuk salutan pulak.

4. Campurkan tepung Bestari yang belum dibancuh dengan airbersama tepung gandum & tepung beras (saya tiada sukatan tetap. Agak-agak je. Anggaran 1 senduk tepung Bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras) macam dalam gambar. Kalau nak pedas campur serbuk cili.

5. Kemudian ambil ayam yg dah perap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul-seketul sebab kalau buat banyak, jadi tak cantik & tak bersalut. So kena sabar masa ‘bedak kan’ ayam.

6. Masukkan ayam dah salut tadi dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (tak perlu balik-balikkan banyak kali. Biarkan dia masak dengan tenang).

Waktu menggoreng dalam periuk atau kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jangan banyak sangat, ikut saiz periuk atau kuali.

7. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan boleh terus makan.

AMARAN : Tepung Bestari ni pedas.

Selamat mencuba!

Sumber: Noraslina Harun

The post Buat Sendiri Ayam Goreng Ala McD , Jimat Rasa Sama Sebijik! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 90 times, 1 visits today)