Bolehkah Laici Dari Thailand hidup di Malaysia? Ini Jawapan Yang Buat Ramai Orang Terkejut.

Laici adalah buah yang dikatakan unik. Persoalannya bolehkah pokok laici hidup di Malaysia?

Jadi di sini saya melakukan sedikit kajian berkenaan pokok ini dan menjumpai beberapa fakta yang boleh kita lihat.

Laici (Litchi chinensis) berasal daripada Asia Tenggara. Banyak ditanam di Thailand, Vietnam, China, India, Bangladesh dan Nepal. Pengeluar utama buah laici adalah dari Thailand.

Pokok laici boleh hidup di negara beriklim tropika dan sub-tropika. Ini bermakna laici boleh hidup Malaysia dengan suburnya. Ada yang berjaya mencambah biji benih laici. Setelah menunggu beberapa tahun, tiada langsung putik bunga yang keluar daripada pokok yang ditanamnya itu.

Berdasarkan pembacaan, untuk pokok laici mengeluarkan bunga, pokok laici memerlukan suhu 15°C (dan ke bawah). Di sini, suhu ini hanya terdapat di tanah tinggi seperti di Cameron Highland (Pahang), Lodging (Kelantan), dan Balakan (Sarawak).

Tambahan pula, pokok laici memakan masa 3 tahun untuk mula mengeluarkan bunga. Ini bergantung kepada varieti yang ditanam. Pembacaan saya menunjukkan bahawa Siam mempunyai pelbagai varieti yang sesuai ditanam di sana.

Apa yang menariknya, pokok laici adalah sesaudara dengan rambutan dan longan iaitu di bawah keluarga Sapindacea. Jika tergolong dalam keluarga yang sama, ini bermakna peluang untuk melakukan cantuman antara saudara tumbuhan adalah tinggin keberjayaannya.

Teknik ini banyak digunakan pada tumbuhan sayur seperti terung.

Saya terfikir jika digunakan sion laici dan penanti pula adalah dari pokok rambutan ataupun pokok longan.

Kesannya mesti menarik.

Cubaan lain pula, adalah menanam pokok laici ini selama tiga tahun di dalam pasu. Kemudian kita cuba menggalakkan ia berbunga dengan menyimpannya di dalam peti sejuk besar selama sebulan. Cahaya lampu LED diletakkan bagi mengganti cahaya matahari. Satu lagi cara, kita siram pagi dan petang pokok laici itu dengan air sejuk.

Namun, apabila difikirkan kembali, kita tidak perlulah mengejar cara menanam laici di Malaysia. Buah rambutan dan mata kucing sudah memadai bagi menjadi pengganti laici. Jika ingin menanam laici sebagai pokok langka, bolehlah seperti pokok tin. Cuma jangan terlalu mengharap bahawa pokok laici boleh berbunga dengan jayanya di iklim Malaysia.

Kesimpulannya, adakah boleh pokok laici hidup di Malaysia? Ya boleh. Tetapi pokok laici sukar untuk berbuah atas faktor suhu yang berlainan.

Sumber:

  1. http://www.fao.org/docrep/005/ac684e/ac684e00.htm#Contents
  2. https://commons.wikimedia.org/wiki/Litchi_chinensis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

(Visited 93 times, 1 visits today)