‘Bloody Skincare’ Mampu Rawat Masalah Jerawat Ekstrem?

“Eh, asal muka kau merah-merah ni. Produk kosmetik apa yang pelik sangat, macam warna merah darah ni?”

Kosmetik berdarah atau ‘bloody cosmetic’ yang dimaksudkan di sini adalah produk yang dikenali sebagai The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution.

Ia merupakan produk viral yang dikatakan mampu merawat kulit muka yang memiliki masalah jerawat yang ekstrem pada kulit wajah dengan penggunaan produk ini.

Nak tahu apa yang menyebabkan Cecair daripada The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution bagus sangat, jom lihat di bawah.

Foto – Arkib Wanista

Mengandungi Campuran 30% AHA

Dalam produk The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution, ia mengandungi campuran 30% AHA, glycolic, lactic, tartaric, dan citric. Ramuan khas ini dapat menghilangkan sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah menjadi lembut, gebu dan menjadi lebih muda remaja.

2% Salicylic Acid (BHA)

Selain itu, cecair kosmetik ini juga mengandungi 2% salicylic acid (BHA) yang mampu menyerap masuk ke dalam kulit dan dapat menanggalkan sel kulit mati serta sekaligus dapat ketatkan liang roma.

Bukan itu saja, dengan BHA ini segala bintik hitam, bintik putih, breakouts dan masalah liang pori lain sehingga menyebabkan masalah teruk boleh dikurangkan.

Kaya Dengan Antioksidan

Produk ini juga mengandungi ekstrak lobak hitam yang tinggi dengan karotin dan carotenoids, serta pati aloe vera juga di rumus khas dalam kosmetik berdarah ini, untuk menyeimbangkan semula kulit yang rosak dek kerana radikal bebas.

Dalam masa yang sama dengan ramuan khas ini juga, ia dapat mengembalikan kesihatan kulit wajah seperti sedia kala semula.

View this post on Instagram

It sounds really scary. It looks even scarier 💉. It's unavailable in many markets. And yet it's one of our most-loved products of all time. Our AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution is a 10-minute exfoliating facial that combines 30% Alpha Hydroxyl Acids (Glycolic/Lactic/Tartaric/Citric) with 2% Salicylic Acid to improve visible radiance and texture in no time. While Alpha Hydroxyl Acids, and specially Glycolic Acid, exfoliate the skin surface well, Salicylic Acid further exfoliates inside the pores to target congestion and visible blemishes. The formula also contains a hydrating Hyaluronic Acid Crosspolymer, pro-healing Vitamin B5, antioxidant Black Carrot and a soothing Tasmanian Pepperberry to make it tolerable by most skin types including sensitive skin. The pH of ~3.6 matches the pKa of Glycolic Acid to offer exceptionally high pure acid availability while leaving an ideal balance between acid and salt content to minimize irritation from excess presence of either. This loving, lovable product is not available in several markets including our homeland of Canada (permanent regulatory limbo), but we will have alternatives for these markets in early 2018. Some obvious bits: 1) Don't over-use acids; two times per week is plenty (which means these peels should cost you about $1 a month); 2) Avoid unprotected solar exposure at all times but particularly when using peels; 3) Don't let the honest cost (30ml for $7.20/£6.30) of this superstar misguide you. When it comes to exfoliation, your skin only understands acid type, concentration and pH; it doesn't act differently based on how much money you wasted 💸. 4) A really fun way to spend ~10 minutes with your family, partner or friend(s) is peeling together ❤🐒

A post shared by The Ordinary, NIOD, & more. (@deciem) on

Adakah Produk Ini Selamat Untuk Digunakan?

Produk kosmetik The Ordinary AHA 30% + 2% Peeling Solution sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit melainkan jenis-jenis kulit yang sensitif, mempunyai masalah mengelupas atau masalah kulit yang terjejas.

Cara menggunakan Kosmetik Berdarah

Boleh dikatakan ramai blogger-blogger kecantikan dan influencer ternama telah mencuba produk viral ini, dek kerana warnanya yang luar biasa dan kesannya yang hebat. Bagi yang ingin mencuba produk ini kamu perlu tahu bagaimana nak gunakan produk ini dengan betul, ikuti cara-caranya di bawah.

  • Bersihkan muka dengan pencuci muka.
  • Selesai membersihkan muka, lap muka dengan menggunakan kain bersih atau tisu muka.
  • Setelah kering, ambil The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution kemudian titiskan cecair tersebut pada seluruh kawasan muka.
  • Sapu rata cecair berdarah pada permukaan muka terutama di kawasan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk.
  • Setelah sapu rata pada permukaan muka, biarkan ia selama 10 minit.
  • Setelah 10 minit, bilas muka dengan air suam.
  • Gunakan produk ini sekali seminggu secara konsisten dan sehingga jerawat di wajah hilang.

Bagi yang berminat ingin membeli produk The Ordinary AHA 30% + 2% BHA Peeling Solution, kamu boleh layari laman sesawang Worthee Cosmeticcs [SINI] dan harganya juga berpatutan sesuai dengan kesan yang diberikan ke atas kulit wajah bermasalah.

Selamat mencuba♥

Rujukan: 1, 2,

The post ‘Bloody Skincare’ Mampu Rawat Masalah Jerawat Ekstrem? appeared first on Wanista.com.

(Visited 14 times, 1 visits today)