Bila Perut Dah Kenyang, Elak Lakukan 5 Perbuatan Ini

Bak kata pepatah ‘Gendang Gendut Tali Kecapi Kenyang Perot Suka Hati’, bila perut dah kenyang maka hati kita senang lenang.

Nanti dulu jangan nak senang sangat, ini dia 5 benda anda dilarang lakukan sebaik sahaja makan.

Bayangkan dengan kekangan masa dan pelbagai tugasan perlu dilakukan, tanpa disedari anda sering melakukan tabiat yang tidak sihat. Anda mungkin merasakan ia satu perbuatan yang tidak mendatangkan sebarang masalah. Malangnya, tabiat tersebut boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.

Merokok

Jangan sesekali lakukan tabiat ini ye. Merokok memberikan kesan buruk kepada badan dan anda sepatutnya tidak merokok walau dalam apa juga keadaan dan masa.

Jika boleh, cubalah belajar untuk berhenti merokok. Banyak manfaat kesihatan yang boleh anda perolehi.

Makan Buah

Kita selalu dihidangkan dengan buah-buahan selepas makan berat, tetapi hakikatnya amalan itu bukanlah satu tabiat yang baik.

Setiap makanan akan melalui proses pencernaan yang berbeza. Anda disarankan untuk memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum hidangan makanan lain kerana ia mudah dicerna.

Sebaiknya makanlah satu atau dua jam sebelum hidangan makanan berat. Buah tidak akan dapat dicerna dengan baik jika anda mengambilnya sejurus selepas makan.

Minum Teh

Daun teh bersifat asid dan boleh menjejaskan proses pencernaan. Jika anda mengambil hidangan protein, asid daripada teh akan mengganggu kandungan protein dan menjadikan ia sukar untuk dicernakan.

Meminum teh sejurus selepas makan juga akan menjejaskan proses penyerapan zat besi oleh badan. Sebaiknya, hindari minuman teh satu jam sebelum dan selepas hidangan makanan.

Tidur

Biasanya apabila perut sudah kenyang, mata akan mula mengantuk, bukan? Tetapi hakikatnya amalan tidur sejurus selepas makan akan mengakibatkan makanan tidak dapat dicerna dan mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan.

Mandi

Perbuatan mandi sejurus selepas pengambilan sesuatu makanan terutamanya hidangan berat dianggap sebagai 1 idea yang tidak baik.

Ini kerana ia boleh mengurangkan kadar peredaran darah. Apabila anda tidak mempunyai peredaran darah yang baik, proses pencernaan akan menjadi perlahan dan merosot.

Selamat Beramal!

The post Bila Perut Dah Kenyang, Elak Lakukan 5 Perbuatan Ini appeared first on Wanista.com.

(Visited 5 times, 1 visits today)