Bila Part Kelakar Ja Memang Aku Suka, Ulang Tengok Banyak Kali, Terhibur. Lebih 200k Tontonan, Video Dato Aliff Buat Netizen Rasa Terhibur

Pengasas kosmetik Dherbs terlajak laris dan usahawan yang berstatus jutawan, Dato Seri Aliff Syukri baru-baru ini tular dengan kontroversi yang melanda dirinya tentang video dia dan Sajat berada dalam satu bilik. Berikutan hal tersebut, ramai netizen yang mengecam Dato Aliff Syukri bahawa dia tinggal sebilik dengan Sajat yang merupakan perempuan bukan mahram.

Namun masih ada lagi netizen yang sayang dekat Dato Aliff Syukri. Dalam pada dirinya dikecam hebat oleh netizen tetapi masih ada yang menyokong tindakan Dato Aliff Syukri mendedahkan perihal diri dan keluarganya kepada semua netizen. Perkara tersebut dilihat dari sudut positif kerana netizen menyifatkan Dato Aliff Syukri bukan seorang yang hipokrit. Malah, dia juga sempoi dan boleh hidup dengan cara bersederhana.

Isterinya, Datin Sri Shahida kini sedang sarat mengandung namun dia tetap kekal cantik dan semakin berseri-seri. Malah, isterinya tidak pernah putus-putus menjadi tulang belakang kepada Dato Aliff Syukri. Benar lah orang kata disebalik setiap kejayaan seorang lelaki itu pastu ada wanita yang menyokongnya dari belakang.

Dato Aliff Syukri yang sibuk dengan kerjaya sebagai ahli perniagaan terkenal, masih meneruskan penggambaran program realiti yang memaparkan sisi peribadi Dato Aliff Syukri dan keluargannya “Oh Abang Kosmetik. Program realiti Oh Abang Kosmetik menunjukkan gelagat serta kehidupan Dato Aliff Syukri secara realiti. Dari rancangan Oh Abang Kosmetik musim kedua, netizen juga dapat melihat sifat sebenar Dato Aliff dan keluarga dapat dilihat oleh netizen.

Dalam pada itu, Dato Aliff Syukri ada memuatnaik satu video dari sedutan rancangan program realiti Oh Abang Kosmetik. Dato Aliff telah memuatnaik video tersebut berserta dengan kapsyen “18sx dilarang tengok…“. Agak bahaya juga kapsyen daripada Dato ni. Bukan apa mesti ada netizen yang akan salah faham dengan kenyataannya itu.

Walau bagaimana pun, rata-rata peminat rancangan Oh Abang Kosmetik sangat memuji Dato Aliff seorang yang sangat kelakar. Netizen turut rasa terhibur selepas melihat rancangan Oh Abang Kosmetik disiarkan. Kebanyakkan netizen memang tidak akan terlepas waktu untuk menonton rancangan realiti Dato Aliff. Ada juga netizen yang tengok Oh Abang Komestik berulang-ulang kali kerana telatah Dato Aliff sangat comel.

Telatah Dato Aliff cute…

Tengok ulang banyak kali…

Bila part kelakar…

Tak hipokrit…

(Visited 623 times, 1 visits today)