Bil Elektrik Naik Mencanak? Fahami Bil Sebenar Anda & Ketahui Pelan Bayaran Mudah TNB!


Dah kenapa bil aku mahal sangat bulan ni, macam mana aku nak bayar? Lari bajet!

Amboi kecoh betul akhir-akhir ni di media sosial tentang bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ramai yang merungut katanya bil elektrik naik mencanak sampai tak masuk akal. Biar betul?

Ramai yang mula membuat kesimpulan sendiri dan kongsikan pendapat mereka sehingga orang yang membacanya percaya, tanpa mengetahui kesahihan maklumat terbabit. Kali ni TNB jawab sendiri kenapa bacaan bil mengalami peningkatan.

FAHAMI APA TU BIL ANGGARAN & KENAPA BIL MENINGKAT

Seperti yang anda semua sedia maklum, sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, operasi bacaan meter dan penyerahan bil telah dihentikan dan digantikan dengan bil anggaran sementara bagi memastikan keselamatan pelanggan dan warga kerja TNB.

Prinsip penyelarasan bil anggaran ni mudah saja, unit penggunaan sebenar akan dibahagikan secara sama rata mengikut bilangan hari yang telah dianggarkan sebelum ni dan dijumlahkan semula secara bulanan.

Kemudian jumlah penggunaan bulanan akan didarabkan dengan tarif yang ditetapkan. Ni kami tunjukkan cara mudah pengiraan berdasarkan bil sebenar.

Bacaan meter menunjukkan penggunaan sebanyak 1240.00 kWh, kemudian bahagikan dengan tempoh bil untuk 3 bulan dari tarikh penggunaan sebenar 25 Februari 2020 sehingga 27 Mei 2020 (93 hari). Ini menjadikan penggunaan bulanan sebanyak 400kWh.

Untuk pengetahuan anda, kaedah pengiraan bil prorata dibuat dengan faktor = 3.10000 (93 hari) dengan setiap blok tarif yang memberi kesan yang sama dengan prinsip penyelarasan bil anggaran. Jadi bil yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

Jumlah bil sebenar untuk 3 bulan ini kemudiaanya akan ditolak dengan Diskaun Ransangan Ekonomi dan Jumlah Anggaran Bil Terdahulu sepanjang tempoh PKP.

(Contoh= RM398.66-RM36.65- RM171.17= RM190.84)

SEBAB LAIN YANG MENYEBABKAN PENINGKATAN DALAM BIL BULANAN

Antara punca yang menjadi salah faham tentang kenaikan bil elektrik mungkin disebabkan oleh jumlah bil yang dikeluarkan adalah untuk penggunaan elektrik 2-3 bulan.

Selain tu, ramai yang bekerja dari rumah sepanjang PKP dilaksanakan menyebabkan peralatan elektrik sentiasa terpasang, jadi tidak mustahil berlaku peningkatan dalam bil elektrik bulanan.

Tapi jangan risau, TNB memahami masalah yang mungkin anda hadapi untuk menjelaskan bil elektrik ni. Oleh itu, TNB memperkenalkan Pelan Bayaran Mudah!

PELAN BAYARAN MUDAH TNB. BOLEH BAYAR SECARA ANSURAN TAU!

Prihatin dengan impak COVID-19 terhadap ekonomi negara dan pelanggan, TNB komited untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan peningkatan bil sebenar semasa tempoh PKP melalui Pelan Bayaran Mudah.

APA ITU PELAN BAYARAN MUDAH?

  • Bantuan automatik kepada semua 7.5 juta pelanggan kediaman.
  • Pelanggan boleh memilih untuk membayar penuh atau mengikut jumlah yang diberikan secara ansuran sehingga 31 Disember 2020.
  • Pengecualian surcaj lewat bayar bermula 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020.*
  • Pemotongan bekalan ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020.*

*Bagi pelanggan yang mengalami kesukaran membuat pembayaran mengikut Pelan Bayaran Mudah

Untuk mengetahui jumlah ansuran yang perlu dibayar, anda boleh melihat pada petak berwarna kuning dibahagian atas bil. Pembayaran secara ansuran mengikut Pelan Bayaran Mudah boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2020. Bagi anda yang tidak memilih untuk melakukan Pelan Bayaran Mudah, anda perlu membuat bayaran mengikut bil yang dikeluarkan.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA KERANA PATUH DUDUK DI RUMAH!

Kepatuhan rakyat Malaysia mematuhi PKP menunjukkan kesan positif apabila jumlah jangkitan dalam negara menunjukkan penurunan yang konsisten.Banyak kawasan yang mendapat status hijau dan sektor ekonomi kembali beroperasi.

Bermula 15 Mei 2020, meter reader TNB telah memulakan operasi bacaan meter untuk beberapa negeri di zon hijau dan kuning setelah 2 bulan terhenti sepanjang PKP dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelarasan bil anggaran anda boleh tekan saja di SINI. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai bil elektrik, anda boleh hubungi TNB Careline di talian 1-300-88-5454 atau emailkan saja ke [email protected].

Recommended for you

(Visited 3 times, 1 visits today)