Berhenti Buat 5 Benda Ni Pada Kereta Anda Jika Tak Nak Cat Rosak

Kereta kotor memang lah kena basuh. Tapi ada je orang yang kereta dah terlalu kotor sampai dah boleh conteng guna jari dah kereta tu tapi tak juga pergi basuh. Basuh kereta nampak senang guna sabun guna air. Tapi ada beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa basuh kereta.

  1. Jangan sampai dah nampak kotoran tebal baru nak basuh

Kalau kita biarkan kereta terlalu lama tak basuh kotoran tersebut akan menyebabkan ia melekat lama pada kereta. Tengok kereta berwarna putih, lama-lama akan jadi warna krim.

  1. Basuh ketika cuaca panas

Suhu yang panas menyukarkan lagi kereta untuk dibasuh dan menyebabkan kerosakan pada cat kereta. Basuh bila cuaca dah redup, atau di kawasan yang redup.

  1. Gunakan alatan yang sesuai

Guna sabun khas, span yang besar dan segala alatan khas untuk basuh kereta. Pastikan guna air yang banyak. Sekiranya guna air sikit dan dari baldi, air kotoran akan melekat dan kering pada kereta seterusnya buatkan cat kereta rosak

  1. Basuh ikut bahagian kereta

Basuh dari satu bahagian ke satu bahagian. Basuh, bilas dan keringkan. Paling sesuai untuk basuh dalam keadaan lurus bukannya dalam keadaan bulatan.

  1. Wax dua kali setahun 

Sebenarnya wax kereta akan menjadikan cat kereta lebih kekal lama bukannya merosakkan lagi cat kereta.

Bagi mereka yang tahu berapa kos untuk membuat semburan cat baru pada kereta yang telah kusam, anda mesti kalau boleh nak mengelakkan dari kereta anda kelihatan kusam terlalu awal.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 1,164 times, 6 visits today)