Bercakap Kuat Risiko Tinggi Sebarkan Coronavirus

Percaya atau tidak bercakap dalam tempoh satu minit menghasilkan 1000 titisan air liur dan kajian terbaru dari para penyelidik mendapati di dalam titisan air liur manusia mengandungi coronavirus.

Hal ini berlaku kerana titisan air liur yang dikeluarkan semasa kita sedang bercakap, bersin, atau batuk akan berada di udara selama lapan minit.

Dalam tempoh lapan minit tersebut titisan air liur kita berpotensi besar menyebarkan jangkitan coronavirus kepada orang di sekeliling kita.

Bercakap Kuat Berisiko Tinggi Sebarkan Coronavirus

Foto -Medical Xpress

Tambahan lagi dengan penemuan baru di mana bercakap dengan volume suara yang kuat akan menyebabkan lebih banyak terhasilnya titisan air liur dan lalu menyebabkan lebih tinggi risiko jangkitan virus maut ini berlaku.

Berdasarkan hasil kajian yang disiarkan dalam journal Proceedings Of The National Academy Of Science, menunjukkan bahawa titisan air liur yang dikeluarkan semasa bercakap boleh berada di udara dalam tempoh lebih dari lapan minit dan berisiko tinggi menyebarkan jangkitan kepada manusia lain.

Foto – Arkib Wanista

Sepertimana sedia maklum kajian telah mendapati bahawa coronavirus boleh tersebar menerusi titisan air liur apabila batuk dan bersin. Kini menerusi kajian berterusan, para pengkaji mendapati titisan air liur yang dikeluarkan ketika bercakap berpotensi besar menyebarkan virus maut ini secara tidak langsung.

Penemuan terbaru ini membuatkan para penyelidik khuatir dengan penyebaran jangkitan terhadap manusia, di tambah pula dengan kebanyakkan negara kita telah kembali beroperasi seperti biasa membuatkan potensi gelombang baru untuk muncul.

Langkah Berjaga-Jaga

Foto – Arkib Wanista

Apa yang boleh kita lakukan pada ketika ini adalah:

  • Jaga jarak satu meter antara satu sama yang lain
  • Kerap bersihkan persekitaran dengan produk pembasmi kuman
  • Kerap mencuci tangan
  • Elakkan menyentuh muka, mata, mulut dan hidung
  • Pakai topeng muka ketika keluar

Dengan penemuan kajian baru dari para penyelidik ini membuatkan ramai yang akan panik tetapi ia juga membuatkan kita semua lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dalam apa jua keadaan yang kita lalui ketika ini.

Rujukan: 1, 2

The post Bercakap Kuat Risiko Tinggi Sebarkan Coronavirus appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)