Belanja Makan 5 Hari Cuma RM31 saja, Gadis Ini Kongsi Menu Masak Sendiri Untuk Jimat & Langsing

Belanja makan selalunya ambil bahagian yang agak besar dari duit gaji kita setiap bulan. So kalau nak menyimpan mungkin inilah yang perlu kita kurangkan.

Caranya tak semesti kita kena berlapar atau ikat perut, boleh saja makan sedap tapi belanjanya tak banyak macam yang dilakukan oleh gadis bernama@stellaEntang

Hanya dengan RM31.35 diperlukan untuk belanja makan selama 5 hari. Apa yang dipraktikkan adalah masak sendiri di rumah. Berikut adalah perkongsiannya yang menarik perhatian warga Twitter.

Lunch & dinner 5 hari hanya RM31.35

How much money can you save cooking at home? Resit di bawah adalah pembelian barang basah untuk menu Lunch dan Dinner untuk 5 hari. Jumlah hanya RM31.35. Rajin tak rajin ja masak! So, here I am to encourage you guys untuk masak untuk berjimat! Sihat pun sihat masak sendiri.

So, here my meal plan

LUNCH
Mon/Wed/Fri
– Nasi
– Ikan siakap/cencaru
– Kangkung/kubis

Tues/Thurs
– Nasi
– Ayam bakar
– Lettuce + tomato (ada lebih yang last week punya)

DINNER
– 2 apples (tiada dlm resit RM8.99)
– 2 eggs
– cabbage+carrot/lettuce

Cara masak terpulang

Cara masak terpulang la ikut selera. Biasanya bakar, stim, sup. Simple. Sayur tumis. Untuk lunch aku bawa bekal pergi kerja. Malam sebelum aku dah prepare siap potong bahan utk masak so pagi esok tu just campak ja.

Sebab tu aku suka bakar/stim/sup. Masuk dlm air fryer/oven,set masa. Kalau stim/sup guna api yang kecik. At least ko boleh la tinggal kejap utk buat benda lain, sediakan breakfast ka, gosok gigi.

Ohhh untuk breakfast biasa aku makan oat. Beli 1 pack besar tak sampai RM10 tahan sebulan. Biasa aku makan oat kosong + chia seed (aku dah terbiasa ). Boleh ja letak buah/kekacang/madu/susu/coklat

“Tak bosan ke lauk yg sama?”

Ehhh kata pencinta makanan. Macam kau bercinta juga la, kau mesti tau mcm mana nak buat kau tak bosan hadap org yg sama ( kalau tak nak kena label trash ). Macam tu juga cara masak, pelbagaikan. Tapi bosan ke tak aku makan ja janji kenyang

Tapi bukan tiap minggu la meal plan aku macam ni. Biasa aku tukar-tukar jenis sayur. Bayam, pakchoy, brokoli, cauliflower, ehhh banyak lagi la. Lauk memang aku biasa masak ayam dan ikan. Breakfast makan roti or buah.

Antara menu sarapan

Menu lunch

Menu dinner

Semuanya nampak sedap kan! So berbaloi sangat RM31 untuk 5 hari, yang penting kita rajin nak masak.

Sumber: @stellaEntang

(Visited 828 times, 1 visits today)