Bekas Stalker BTS Dedah Dunia Gila ‘Sasaeng Fans’

Tidak kira di era mana kita berada istilah ‘sasaeng fans’ pasti tidak akan luput dari kamus industri hiburan. Gelaran berhantu yang sering menakuti kehidupan selebriti-selebriti Korea sejak era 90an ini, masih kukuh bertapak sehingga kini.

Apa yang kamu tahu tentang sasaeng fans? Adakah ia sekadar stalking artis, adakah ia hanya keinginan untuk mengetahui gerak-geri dan berada dekat dengan artis semata-mata?

Kenali Dunia Gila Sasaeng Fans

Sasaeng fans merupakan peminat yang terlalu obses dan fanatik terhadap selebriti idaman mereka. Peminat obses seperti ini mengabdikan kehidupan mereka dengan mengintip (stalks) idola mereka 24 jam setiap hari.

Peminat fanatik seperti ini sanggup melanggar privasi idola mereka semata-mata untuk puaskan keinginan dan kepentingan diri sendiri.

Paling menakutkan adalah sasaeng fans ini memiliki pemikiran dan menggunakan cara yang kompleks dalam melakukan jenayah demi mendekati idola mereka.

Hal ini dikongsikan oleh bekas sasaeng fans menerusi temubual Sherliza bersama bekas sasaeng fans di saluran YouTubenya Sherliza Moe yang bertajuk “Confessions of an obsessive BTS Stalker”.

Kemurungan Antara Punca Utama Jadi Sasaeng Fans

Menerusi temubual Sherliza bersama bekas sasaeng fans, dirinya (bekas sasaeng fans) memilih menjadi peminat obses dan fanatik kerana mengalami masalah kemurungan dan merasakan hidupnya tidak bermakna lagi.

Tetapi kemunculan BTS dalam hidupnya mengubah segala-galanya, dan dirinya memilih untuk menjadi sasaeng fans BTS selama 3 tahun sebelum berhenti dan menjalani rawatan di hospital.

Jenayah Ekstrem Yang Sasaeng Fans Lakukan

Foto – Arkib Wanista (Peminat berada dalam radar yang dekat dengan BTS)

Creepy bila membayangkan jenayah yang telah dilakukan oleh sasaeng fans ini, seolah-olah diri mereka telah di sihir atau di pukau untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika itu. Ini antara jenayah yang pernah dilakukan oleh ahli-ahli sasaeng fans, berdasarkan perkongsian dari YouTube dan sumber lain.

  • Jual beli maklumat penerbangan ahli BTS.
  • Menempah tempat duduk bersebelahan atau berdekatan dengan ahli BTS.
  • Merakam dan mengambil foto peribadi (seperti: foto separuh bogel) ahli BTS.
  • Mengintip lokasi rumah/asrama ahli BTS.
  • Mengintip nombor bilik asrama, hotel atau mana-mana penginapan ahli BTS di Korea dan luar negara.
  • Jual beli maklumat nombor bilik dan lokasi ahli BTS.
  • Jual beli video dan foto legit ahli BTS.
  • Apabila ahli BTS kembali ke tempat duduk selepas ke tandas, sasaeng fans akan pergi ke tandas yang ahli BTS masuk dan lakukan ‘perbuatan tidak bermoral’ di dalam tandas tersebut.
  • Cubaan memeluk ahli BTS di lapangan terbang.
  • Sasaeng fans mengejar ahli BTS semasa mereka sedang santai berehat dari jadual kerja, hal ini berlaku di Korea dan luar negara.
Foto – Arkib Wanista (Antara aksi sasaeng fans BTS di lapangan terbang)

Kalau nak diikutkan banyak lagi jenayah-jenayah lain jauh lebih creepy dari apa yang tersenarai di atas tapi cukuplah dengan apa yang dinyatakan untuk perkongsian tentang dunia saseang yang penuh dengan kegilaan peminat fanatik.

Sasaeng Fans = Pesakit Mental?

Bila melihat perbuatan sasaeng fans yang melampaui had dan batas sebagai seorang peminat, membuatkan kita terfikir mengenai kesihatan mental mereka. Adakah peminat fanatik seperti ini sebenarnya mempunyai masalah penyakit mental?

Menurut journal Innovations In Clinical Neuroscience yang disiarkan dalam US National Library of Medicine National Institutes of Health, peminat obses yang melampau ini mempunyai beberapa jenis masalah psikologi. Antara masalah psikologi yang dihidapi oleh peminat obses ini adalah seperti:

Foto – South China Morning Post

Sindrom Dissociation

Merupakan masalah mental di mana mereka lari dari dunia realiti dan hidup dalam alam fantasi. Peminat fanatik yang hidup dalam dunia fantasi ini sering berimaginasikan tentang idola kesukaan mereka.

Kemudian timbul hasrat ingin jadikan apa yang diimpikan menjadi realiti, seperti cubaan mendekatkan diri dengan idola mereka menerusi panggilan telefon, email, sosial media hatta pergi ke rumah idola atau mengekori idol 24 jam untuk berada dekat dengan idola mereka.

Kemurungan Dan Anxiety

Kebanyakan peminat sasaeng ini memiliki sejarah penyakit mental seperti kemurungan dan anxiety, di mana mereka merasakan hidup mereka sudah tidak bermakna lagi dan mereka juga merasakan diri mereka tiada hala tuju kehidupan.

Namun semua itu mula berubah apabila mereka timbul minat pada seseorang idol atau selebriti sehingga menjadi fanatik. Bagi peminat obses seperti mereka ini, kehadiran idol dan para selebriti ini umpama cahaya dalam hidup mereka yang suram dan gelap itu.

Psychopath

Boleh dikatakan semua sasaeng fans ini merupakan psychopath, mereka mempunyai masalah mentaliti seperti bersifat anti sosial dan suka melanggar hak peribadi orang lain (contohnya, hak peribadi idola mereka) dengan mengambil gambar dan video yang unsur 18+ dan legit.

Bukan itu saja, peminat sasaeng ini juga pandai memanipulasi, menipu, tidak tahu membezakan mana betul dan salah serta mempunyai perangai yang tidak baik.

Foto – Arkib Wanista

Kesihatan mental sasaeng fans ini sangat menakutkan dan mereka boleh bertindak luar jangkaan, mereka yang menjadi peminat fanatik ini tidak boleh dibiarkan dan mereka perlu dapatkan rawatan.

BTS V Kongsi Luahan Diganggu Sasaeng Fans

BTS V juga meluahkan rasa takut kerana diganggu oleh peminat fanatik, perbuatan melanggar privasi dan peribadi mereka (ahli BTS) adalah perbuatan tidak beretika. BTS V memohon agar peminat sasaeng hentikan perbuatan tidak baik itu.

Buat peminat yang delusional, hentikanlah sikap obses kamu terhadap artis kesayangan. Nak minat boleh tapi jangan melampaui batas hingga memudaratkan artis tersebut.

You need help from doctor, stop being sooo creepy… Please!

Rujukan: 1, 2, 3

The post Bekas Stalker BTS Dedah Dunia Gila ‘Sasaeng Fans’ appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)