Beef Patties Homemade Lebih Puas Makan

Biasanya kalau buat burger kita akan beli daging atau ayam burger sedia ada. Jom jadi rajin di dapur. Jangan malas beli frozen foods yang kebanyakannya tinggi kandungan lemak, garam & menggunakan bahan pengawet (preservatives). Rasanya juga lebih segar dan enak. Jika nak simpan secara sejuk beku (frozen), bakar patties separuh masak, sejukkan pada suhu bilik dulu baru dibalut dengan cling wrap dan sejukkan dalam bahagian freezer. Boleh disimpan hingga sebulan tanpa pengawet inshaallah.

BEEF PATTIES

Bahan-bahan:

400gm daging kisar (minced meat)
2 labu bawang besar – dadu kecil
1/2 cawan cincangan daun bawang
1/2 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
2 biji telur
1 sudu teh Italian Herbs Powder
1 sudu teh Garlic Powder
1 sudu teh Onion Powder
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukupnya

**media[203597]**

1. Satukan daging kisar, bawang besar, daun bawang & serbuk roti di dalam mangkuk. Gaul rata.

**media[203598]**
2. Masukkan telur dan gaul lagi.

**media[203600]**
4. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaul sebati.

**media[203599]**
5. Kepal-kepalkan dan bentukkan seperti membuat bergedil (size ikut citarasa sendiri).

**media[203601]**
5. Cairkan sedikit mentega di dalam kuali leper non stick. Letakkan patties tadi dan masak hingga kedua-dua bahagian perang. Kemudian sambung bakar patties tadi dalam oven (200C) selama 10 minit. Ini untuk memastikan bahagian tengah patties masak. Enjoy!

*Patties boleh dijadikan burger, sandwich atau dihidang sebagai main course yang di tambah black pepper sauce, salads, kentang putar, nasi, pasta, kentang goreng (chips) dll.
*Selain daging lembu kisar, boleh tukar ke daging kambing, ayam atau udang.
* Garlic Powder, Onion Powder, Italian Herbs Powder tu semua boleh beli dimana-mana supermarket bahagian bahan-bahan kering. Jenama apa pun boleh.
* Selain serbuk roti yang kering, boleh juga guna roti putih yang dicincang halus.
* Selain dijadikan patties, boleh juga dijadikan meatballs cuma perlu dikukus sedikit dalam 5 minit sebelum digoreng.

Kredit: Chef Sue M. Arukin

The post Beef Patties Homemade Lebih Puas Makan appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)