Baru Tahu, Ini Cara Buat Sup Dumpling Homemade Yang Sedap.

Sedap Sup Dumpling ni. Makan panas-panas memang membuka selera dan mengenyangkan. Bagi anda yang kurang gemar makan sajian yang berat, Sup Dumpling ni pastinya pilihan terbaik. Kalau dibeli, harga semangkuk boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri dengan mencuba resipi perkongsian saudari Wany Lifa ni. Kos sangat murah dan boleh dapat 40 biji dumpling tau. Sangat berbaloi.

RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE SEDAP & PASTI HALAL

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit dumpling (dumpling pastry segera) secukupnya

BAHAN INTI:

  • 300gm isi ayam cincang
  • 1/2 batang lobak merah – sagat
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • 4 ulas bawang putih – cincang halus
  • Daun sup & daun bawang – potong halus
  • 2 sudu makan serbuk lada sulah
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu makan serbuk cukup rasa
  • 1 sudu teh garam dan gula

BAHAN SUP DUMPLING:

  • 6 ulas bawang putih – ketuk & cincang
  • 1 incin halia – ketuk & cincang
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk air

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan dumpling, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Perap selama 10 minit.

2. Letak inti pada pastri dan kelim ikut kreativiti. Boleh rujuk youtube untuk tengok cara-cara kelim dumpling yang mudah dan sempurna.


3. Susun dumpling dalam pinggan atau bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Elakkan letak dumpling terus pada periuk kukusan kerana nanti akan melekat.


4. Bila dumpling siap dikukus, boleh terus dinikmati bersama sos kicap atau digoreng.
5. Bagi menyediakan supnya, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian tuang satu mangkuk air.
6. Masukkan bahan-bahan sup yang lain. Masak hingga mendidih.
7. Masukkan dumpling yang siap dikukus tadi. Biarkan selama 2-3 minit.
8. Tabur hirisan daun bawang dan boleh padamkan api.
9. Untuk rasa lebih enak, Sup Dumpling ini boleh dinikmati bersama sos cili thai yang telah dicampur dengan sedikit daun ketumbar yang dicincang halus atau sos kicap cair.

Kredit resipi & foto: Wany Lifa

Tercari-cari ‘AIR FRYER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
https://www.rasa.my/resipi-kimbap-korea-buat-sendiri-baru-puas-hati/
https://www.rasa.my/cara-buat-pizza-homemade-sedap-comfirm-jadi/
https://www.rasa.my/resipi-laksa-ala-aeon-paling-mudah-buat-sangat-sedap/

The post Baru Tahu, Ini Cara Buat Sup Dumpling Homemade Yang Sedap. appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)