Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Dan Sedap

Pisang goreng memang enak dimakan ketika panas. Dapat pula yang rangup, memang makan tak berhenti dibuatnya. Apa yang penting ketika mahu menggoreng pisang ini adalah bancuhan tepungnya. Jika dibancuh dengan cara yang betul, maka akan rangup dan sedaplah pisang goreng itu. Anda nak tahu cara bancuhan tepung yang rangup dan sedap? Jom kita cuba intai resipi oleh Are Peace ini.

RESIPI TEPUNG PISANG GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras cap gajah3
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 4-5 ketul ais kiub
  • 1 sudu kecil pewarna kuning(kunyit pun ok)
  • Air sejuk dalam peti ais
  • Sedikit kapur makan (hujung sudu je bancuh dengan 1 sudu air)

CARA PENYEDIAAN:

1. Masuk semua bahan-bahan dalam bekas kecuali ais dan air.

2. Gaul hingga sebati, baru masukkan ais dan masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan cair sangat sebab nanti ais tu akan cair.

3. Cara nak goreng pula, guna api sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas.

4. Masukkan pisang yang telah disaluti tepung tadi.

5. Masa menggoreng tu jangan kecilkan api ya, biar je api tu dengan tahap yang sama.

6. Bila dah nampak kekuningan yang anda mahukan, angkat dan toskan.

7. Siap untuk dihidang!

RESIPI SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN

  • 12 biji cili padi hijau
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air

CARA PENYEDIAAN:

1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam pengisar.

2. Kisar sampai halus dan masak atas api sehingga sedikit pekat.

3. Resipi kicap ni akan rasa pedas-pedas manis. Kalau suka pedas lagi boleh tambah cili padi lagi.

4. Siap!

Selamat mencuba!

Jika anda sedang mencari KUALI yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: ARE PEACE

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

The post Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Dan Sedap appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)