Ayam Masak Thai Campak Campak Siap

Tak boleh move on lg ayam masak thai ni.. Buat dh semalam xcukup.. Haha.. So arini kita repeat buat lg ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜œ. Buat berkali-kali pun tidak jemu. Korang boleh cuba buat .

Bahan A
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan B (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

Cara memasak
1.Tumis serai yang dititik sampai naik bau.

2.Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.

3.Dah garing masukkan bahan yg dah dikisar.

4.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap! ๐Ÿ˜‹

Selamat mencuba ๐Ÿ˜

Singgang Daging Lengkuas

The post Ayam Masak Thai Campak Campak Siap appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)