Antara 10 Sebab Mengapa Wanita Yang Baik Berhenti Berharap.

Seorang wanita yang baik akan berhenti berharap, jika mereka percaya bahawa lelaki itu tidak layak dengan kebaikan mereka.
Selain daripada itu…

1. Wanita berhenti berharap jika setiap kali mereka menghantar whatsapp dan tiada respond selama berhari-hari dan hanya menatap telefon bimbit tersebut.

 

2. Wanita berhenti berharap apabila segala perancangan sudah dilakukan dengan terperinci tetapi si lelaki sering dan gemar pula membatalkan rancangan tersebut last minute.Mereka keletihan untuk bersangka buruk, dan mereka berhenti berharap.
Mereka berhenti berharap jika lelaki mahukan hubungan dari segi fizikal sahaja bukan melalui emosi dan mental.

3. Wanita akan berhenti berharap jika seorang lelaki hanya mencari mereka ketika bosan. Mereka sedar, mereka patut berhenti menunggu lelaki yang bersikap begini.

4. Wanita berhenti berharap ketika lelaki keliru dan celaru untuk mengaku perasaan mereka yang sebenar. Mahu atau pun tidak, jangan membuat wanita tertunggu-tunggu.
Jika wanita sudah mula sayang dan rindu pada seorang lelaki, anda sebagai lelaki sudah mula dalam bahaya kerana memberi mereka harapan.

5. Wanita akan berhenti berharap ketika kata-kata lelaki hanya mampu sedapkan hati mereka, tetapi tidak meyakinkan.
Wanita ini berhenti berharap kerana lelaki hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak bertindak seperti apa yang mereka katakan.

6. Wanita akan berhenti berharap jika mereka dapat merasakan wujudnya lelaki lain yang lebih baikdaripada lelaki yang mereka kenali sekarang ini.

7. Wanita akan berhenti berharap jika dalam hubungan kalian, mereka merasakan bukan mereka sendiri yang bermasalah, tetapi lelaki tersebut yang sering menimbulkan masalah.

 

8. Wanita akan berhenti berharap jika lelaki itu mengajar mereka untuk menipu orang sekelilingbahawa anda bahagia dengan si dia, padahal tidak.

9. Wanita berhenti berharap ketika seorang lelaki cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik, tetapi akhirnya si lelaki ini tidak yakin apa yang mereka lakukan, dan bagaikan acuh tak acuh.

10. Dan, wanita akan berhenti berharap apabila mereka merasakan, hati mereka berkali-kali di hancurkan.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 26 times, 1 visits today)