Aneka Resepi Puding Senang, Tak Guna Banyak Bahan

Berbuka hari ni makan apa?

Setiap hari celik saja mata, soalan itu bermain di minda… Kita tidak dapat lari daripada membuat perancangan menyediakan juadah berbuka yang memikat selera.

Kalau bercakap juadah manisan, puding antara yang menjadi perhatian. Bayangkan dimakan sejuk, dengan tekstur lembut, manis dan lemak berkrim, puding serius terbaik!

Disebabkan itu, penulis senaraikan aneka resepi puding serba ringkas dan enak boleh korang kaum hawa atau adam buat di rumah.

#1 Puding Cocktail Eina Azman

Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung kastard, air, susu cair, gula, cocktail buah-buahan campuran, dan tepung jagung

View this post on Instagram

Alhamdullilah dah siap Pudding Cocktails 😘 #itsdonebyeinaazman #carasayabyeinaazman

A post shared by π‘¬π’Šπ’π’‚ π‘¨π’›π’Žπ’‚π’ (@eina_azman) on

#2 Puding Milo Lapis Oreo

Foto – Facebook Resepi Enak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10gram serbuk agar-agar
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4 cawan milo
  • Satu bungkus oreo (135g) – patahkan

Cara membuat:

  • Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Bahagikan 2 bahagian dan 1 bahagian dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
  • Bahagikan 1 bahagian milo kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
  • Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.
  • Potong dan Hidangkan.

#3 Puding Karamel Tanpa Telur

Foto – Facebook Resepi Enak

Bahan A gula hangus:

  • 2 sdb gula pasir

Bahan B puding:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sdb tepung kastad
  • 1 sdk esen vanila

Cara-cara:

  • Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
  • Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
  • Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.

#4 Puding Jagung 5 Bahan

Foto – Facebook Masak Apa Hari Ni

Bahan-bahannya ialah:

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan custard
  • Β½ cawan gula
  • Secubit garam (pilihan)
  • 1 tin jagung

Cara membuat:

  • Tuangkan semua bahan dalam periuk.
  • Jangan letak atas api dulu. Kacau rata dulu sampai sebati dan tepung custard tak berketul.
  • Pasang api perlahan. Sentiasa kacau rata dlm 15-20 min untuk mengelakkan bancuhan berketul, hangus dan berkerak.
  • Masukkan dalam bekas yang sesuai. Sejukkan dalam peti sejuk.

#5 Puding Pisang Goreng Bersos Kastard

Foto – Linda Zaid/Facebook Resepi Kuih Raya Viral

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • Sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 Sb tpg kastard
  • 2 Sb gula pasir
  • sehelai daun pandan disimpul
  • Pisang nangka digoreng dengan sedikit Planta.

Cara membuat:

  • Masak semua bahan sehingga pekat.
  • Dh suam masukkan ke dalam peti ais.
  • Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring. Tuangkan sos kastard dan taburkan sedikit kismis.

Mudahkan? Selamat Mencuba!

RUJUKAN : 1, 2

The post Aneka Resepi Puding Senang, Tak Guna Banyak Bahan appeared first on Wanista.com.

(Visited 15 times, 1 visits today)