Anda Kenal Daun Ini??Tak Sangka Dari Daun Sampai Ke Akar Penuh Dengan Khasiat Bukan Untuk Masak Je.. Mari Kita Selidik!!

Daun ini kerap digunakan sebagai perangsang selera dan kerap digunakan sebagai bahan akhir setiap masakan. Selain itu, ia juga mempunyai kadar protein yang tinggi. Selain menjadi bahan utama dalam masakan, akar daun dan biji benihnya banyak digunakan dalam kaedah rawatan merawat dan mencegah penyakit. Lebih menarik, minyak yang diekstrak daripada daun sup boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan ramuan minyak wangi.

1- Sistem imunisasi
100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin C yang terkandung di dalamnya menguatkan sistem imun dan dalam masa yang sama menjadikan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam ulaman.

2- Penawar buah pinggang
Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. Kisar akar daun sup dan amalkan setiap hari.

3- Merawat kencing manis
Daun sup mempunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah, ianya merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.

4- Sistem perkumuhan
Biji benih daun sup diamalkan untuk meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah, ianya digunakan sebagai peransang untuk membuang air besar.

5- Menurunkan kadar kolestrol
Individu yang mempunyai kolestrol tinggi perlu menambah daun sup dalam diet harian kerana daun ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

6- Mencuci buah pinggang
Diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang. Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.

7- Penawar ubat batuk
Rebuskan daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.

8- Mengubati mata kering
Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus, kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minum tiga kali sehari.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 96 times, 2 visits today)