“Anak Saya Tertelan Hand Sanitizer, Apa Saya Kena Buat Doktor?”

Hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman sudah menjadi barang wajib untuk ada dalam rumah dan beg apabila keluar dari rumah. Tetapi, perlu diberi dinasihatkan bahawa hand sanitizer ini merupakan barang merbahaya terhadap anak-anak yang masih kecil.

Seperti apa yang dikongsikan oleh doktor ini dimana beliau pernah berhadapan dengan kes kanak-kanak tertelan hand sanitizer. Menurut pakar, hal ini boleh menyebabkan anak terkena sawan!

ANAK SAYA TERTELAN HAND SANITIZER!

“Anak saya tertelan hand sanitizer! Tolong saya doktor.”

Menurut ibunya, dia datang pada si ibu sambil bawa botol hand sanitizer yang dah kosong. Sepatutnya ada 30 ml cecair dalam botol tu.

“Macam nak runtuh dunia saya bila bau hand sanitizer tu sangat kuat datang dari mulut dan baju dia.”

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ada 63,000 kes kanak-kanak bawah 5 tahun yang terdedah pada hand sanitizer secara berlebihan dari tahun 2011-2014. Dari jumlah tu, 97% kes ialah kes tertelan hand sanitizer melalui mulut. Bahaya sangat ni.

Yang lagi bahaya, warna cecair hand sanitizer ada yang tidak berwarna macam air masak. Diletak pula dalam bekas cantik. Anak ingatkan boleh minum. Menurut Pusat Racun Negara, jika jumlah hand sanitizer yang ditelan ialah sedikit, tak ada kesan serius pada anak.

GEJALA ALCOHOL INTOXICATION

Tapi jika jumlahnya banyak, ia boleh menyebabkan Alcohol Intoxication. Gejalanya ialah :

– Kurang gula dalam darah

– Muntah dan sakit perut

– Muka menjadi lebih merah

– Degupan jantung jadi perlahan

– Koma

– Sawan

Hand sanitizer selalunya ada 60-75% kandungan alkohol. Nasib baik alkohol ni ada rasa panas dan terbakar bila ia masuk ke ruang mulut.

Jadi anak akan selalunya muntah dan ludahkan hand sanitizer tu semula. Jarang budak nak minum sampai habis. Untuk elakkan gejala kurang gula dalam darah, boleh berikan anak air manis dalam perjalanan ke hospital jika dia masih dalam keadaan sedar.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai ibu bapa yang peka. Hand sanitizer dikira wajib untuk kita ada. Jadi tanggungjawab kita untuk letakkan hand sanitizer di tempat yang tinggi dan selamat.

Sumber: Dr. Redza Zainol

(Visited 4 times, 1 visits today)