Air Detox Epal Hijau Kayu Manis, Bukan Sekadar Boleh Buang Toksin Tapi Juga Boleh Turunkan Paras Kolesterol

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan. Adalah mustahil untuk kita mengelak daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana, sama ada dalam udara yang kita sedut, atau pun dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Jadi, adalah penting untuk kita lakukan detox bagi membuang toksin yang ada. Detox boleh terjadi secara semula jadi, namun oleh kerana toksin yang ada di dalam badan terlalu banyak, maka makanan sokongan perlu diambil bagi membuang toksin dengan berkesan.

Antaranya, anda boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Sumaiyah Abdullah di bawah. Jom baca perkongsian daripada beliau.

DETOX adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang kita panggil ‘buang toksin’.

Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan.

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung.

Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

So, apa kata kali ini kita amalkan resepi detox yang simple lagi menyihatkan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang kayu manis
  • 1 jag air

CARA-CARA

Masukkan hirisan sebiji buah epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag/gelas yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Siap dihidangkan.

CARA EPAL DAN KAYU MANIS BANTU DETOX

  • Epal ni banyak serat dan bantu merangsang penghasilan hempedu dari hati yang penting untuk buang toksin. Dalam epal, ada pectin yang membantu dalam mendetox logam berat dan food additive juga.
  • Pastikan cuci bersih-bersih supaya dapat menghilangkan kesan racun pada buah epal jika beli buah yang tidak organik. Epal bukan sahaja boleh ambil mentah, tapi sedap juga untuk buat jus dan smootie.
  • Pada kulit batang kayu manis terkandung zat yang merangsang insulin. Aktiviti insulin akan melancarkan proses metabolisme glukosa sehingga menstabilkan kadar gula dalam darah.
  • Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Tak cuba tak dosa. Tapi kalau cuba lagi suka. Selamat mencuba.

(Visited 18 times, 1 visits today)