Ahli Kimia Kongsi Cara Cuci Papan Pemotong Yang Dah Hitam Jadi Putih Macam Baru!

Papan pemotong merupakan alatan wajib yang ada di setiap dapur semua orang. Pelbagai jenis papan pemotong juga yang boleh kita dapatkan di pasaran. Ada yang berbentuk ikan, bercorak bunga, hanya plain color, bermotifkan kayu dan lain-lain. Hanya perlu ke kedai dan beli sahaja.

Tetapi apa yang anda mungkin terlepas pandang ialah, papan pemotong ini adalah alatan yang paling senang melekat bakteria dan kuman. Ini kerana ianya merupakan alatan yag digunakan setiap hari dan jika anda kurang memberi perhatian pasti ianya kotor.

Walaubagaimanapun, perkongsian oleh seorang ahli kimia di laman Facebooknya Fatimah Salim, menerangkan cara yang betul untuk membersihkan papan pemotong. Lepas sental pasti nampak baharu! Lebih-lebih lagi papan pemotong yang jernih berwarna putih tu.

Cara Membersihkan Papan Pemotong

Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor? Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi sarang kepada beribu jenis kuman. Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).

Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.

CARANYA:

– Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.

– Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.

– Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.

– Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.

– Dan gunakan seperti biasa.

PERHATIAN:

1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.

3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.

4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.

Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.

Sumber : Fatimah Salim

(Visited 5 times, 1 visits today)