Acar Rempah Timun Siap Ada Telur Puyuh , Sedapnya.

Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasi Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.

Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka. Jom semak resipi perkongsian Nadia Arissa ini.

ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN

BAHAN A:

  • Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
  • 1 biji timun – di potong jejari
  • 1 biji lobak merah – di potong jejari
  • Bawang merah ros – dibelah dua
  • Cili merah dan hijau
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 3 sudu besar kerisik
  • Cuka
  • Garam
  • Gula
  • Biji Sawi

BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):

  • 2 biji bawang merah ros
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):

  • 3 biji bawang merah ros
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Segenggam udang kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar

CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (Bahan C) kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik
4. Masukkan semua bahan-bahan utama (Bahan A)
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, taburkan biji sawi
7. Siap dan boleh dihidangkan.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Nadia Arissa

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH TERKINI, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Buat Stok Sambal Kicap Johor

The post Acar Rempah Timun Siap Ada Telur Puyuh , Sedapnya. appeared first on RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)