8 Idea Dekorasi Stail Scandinavian Untuk Rumah Impian

Trend deko rumah ala-ala Scandinavian ni memang dah popular sejak empat ke lima tahun lepas lagi, dan sehingga ke hari ini pun masih ramai yang mengunakan idea deko stail Scandinavian untuk dekorasi rumah impian.

Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.

#1 Guna Langsir Jenis Kosong

Foto – Business Insider

Di Scandinavia penggunaan kain langsir jenis kosong kerap dilihat di rumah-rumah orang Scandinavia ini. Dari segi pemilihan warna pula, di Scandinavia gemar menggunakan warna-warna gelap.

Kain langsir jenis ini sesuai untuk kamu letakkan di ruang tamu dan dalam bilik, kerana ia dapat menaikkan mood suasana secara tidak langsung.

#2 Storage Dekorasi

Foto – Arkib Wanista

Tempat menyimpan, menggantung barang atau meletakkan barang yang bergaya ini cukup menarik diletakkan di dalam rumah. Ianya bukan sahaja menarik sebagai barang penyimpanan malah ia juga berfungsi sebagai barang dekorasi kerana reka bentuknya yang menarik dan kontemporari.

Dekorasi seperti ini sesuai diletakkan di ruang tamu, bilik tidur dan bilik tetamu, bukan saja pemilihan dekorasi ini menarik malah ia juga mempunyai fungsi tersendiri.

#3 Tumbuhan Penyeri Suasana

Foto – Arkib Wanista

Orang-orang Scandinavia cukup gemar dengan tumbuhan, justeru itu tidak hairanlah di dalam kediaman mereka terdapat pokok-pokok dijadikan sebahagian dekorasi rumah. penggunaan pokok di ruang tamu, dapur, bilik mandi dan juga di bilik tidur membuatkan ruang dalaman menjadi lebih ceria dan segar.

#4 Tak Ada Produk Kulit Tak Sah

Foto – Arkib Wanista

Selain tumbuhan, penggunaan barangan bersumberkan kulit juga antara stail dekorasi kesukaan orang Scandinavian ni. Ianya bukan sahaja kelihatan klasik malah ia juga menampilkan peribadi pemilik rumah yang memiliki kelas dan citarasa tersendiri.

Melihat sofa, permaidani, kerusi mahupun meja yang diperbuat daripada kulit menampilkan aura klasik dan gaya kontemporari, pasti dekorasi seperti ini sesuai untuk rumah impian kamu.

#5 Permaidani Bulu Kambing

Foto – Arkib Wanista

Boleh dikatakan hampir semua stail dekorasi Scandinavia ini berunsurkan alam semula jadi, penggunaan flora dan fauna telah menjadi salah satu item dekorasi warga Scandinavian.

Seperti penggunaan permaidani yang diperbuat daripada bulu kambing ini, ia mempunyai tekstur yang lembut dan gebu menjadikan ia item wajib dalam mendekorasi rumah di Scandinavia.

#6 Aneka Reka Bentuk Lampu

Foto – Arkib Wanista

Penggunaan lampu yang memiliki reka bentuk yang unik, klasik dan versatil merupakan antara ciri yang di minati oleh Scandinavia. Melihat aneka bentuk lampu di bahagian ruang tamu, dapur dan bilik tidur pasti membuatkan suasana dalam rumah lebih berdimensi dan unik.

#7 Dinding Kayu Papan

Foto – Arkib Wanista

Dekorasi ala Scandinavian juga menggunakan kayu sebagai item dekorasi rumah, seperti penggunaan kayu papan dijadikan sebagai dinding. Ia menampilkan ciri-ciri alam, moden dan kontemporari, gaya dekorasi yang sesuai dengan citarasa rekaan rumah dalaman masa kini.

#8 Seni Monokrom

Foto – Arkib Wanista

Tak sah jika di rumah tiada lukisan dinding bukan, bagi yang meminati stail dekorasi Scandinavia pasti tahu orang-orang di sana lebih menggemari menggunakan lukisan monokrom atau hitam putih sebagai item dekorasi rumah mereka hatta di pejabat sekalipun.

Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa kamu.

Rujukan: 1, 2,

The post 8 Idea Dekorasi Stail Scandinavian Untuk Rumah Impian appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)