7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah

Semua orang mengimpikan sebuah rumah tangga yang harmoni hingga ke akhir hayat. Tapi, rata-rata yang sudah berkahwin mengatakan bahawa alam perkahwinan tidaklah semudah yang disangka.

Kalau masa bercinta, semuanya indah belaka. Bila dah kahwin, barulah korang tahu perangai sebenar pasangan. Walau bagaimanapun, keserasian bersama menjadi faktor utama sebuah rumah tangga mampu bertahan. Oleh sebab itu, penting untuk mencari pasangan yang betul-betul serasi dengan kita. Macam mana nak tahu sama ada kita serasi atau tidak dengan bakal jodoh, Ustazah Norbahyah Mahmood telah pun berkongsi 7 tanda-tanda bagi mengenal keserasian ini.

1.Rasa Bahagia

Tiap kali bersamanya, kita akan sentiasa rasa seronok, sayang dan bahagia.

2.Boleh Bertolak Ansur Walaupun Berbeza Sikap

Serasi tak semestinya semua sama. Isteri rajin, suami rajin. Isteri suka masak, suami suka masak. Sebaliknya, boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Contohnya, seorang suka mengemas, seorang lagi suka buat sepah. Seorang suka masak, seorang lagi suka kemas dapur. Itu maknanya korang serasi la tu sebab Allah dah gandingkan kita dah cantik dengan pasangan masing-masing.

3.Rasa Tenang

Cuba check kalau bakal jodoh telefon korang, rasa tenang ke tak. Tapi make sure biarlah perbualan tu yang baik-baik dan bukanlah perbualan maksiat. Bila dah kahwin pula kalau tengok muka pasangan, kita tak rasa serabut, rimas dan sentiasa tenang je.

4.Selalu Ada Di Sisi Kita Di Saat Kita Memerlukan

Kalau kita demam ke, tak sihat ke, dialah yang paling risau. Kalau ada masalah, dia orang pertama yang nak bantu kita.

5.Rasa Selamat Disisinya

Bila suami ada di rumah, isteri rasa selamat. Bila duduk di rumah sentiasa rasa takut macam takutkan raksasa, itu korang kena nilai semula. Mungkin korang bukan pasangan yang serasi.6.

6.Lebih dekat dengan Allah

Perkenalan dengannya membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Kita mula solat, pergi masjid, baca al-Quran, tahajjud dan qiamullail. Kita berubah menjadi semakin dekat dengan Allah.

7.Ketawa Dan Menangis Bersama

Orang kata, susah dan senang Bersama-sama. Inilah keserasian hakiki yang perlu ada dalam setiap rumah tangga. Untuk yang dah kahwin tu, cuba nilaikan semula perkara-perkara ni, mana tahu boleh perbaiki hubungan suami isteri untuk jadi lebih baik lagi. Bagi yang masih mencari bakal jodoh, check sama ada korang serasi atau tidak dengan pasangan. Carilah yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah!

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 5,184 times, 2 visits today)