7 Petua Nak Dapatkan Nasi Impit Tahan Lama & Tak Cepat Berair. 3-4 Hari Pun Masih Sedap!

“Alahai, baru biar kejap nasi impit ni kat luar dah mula nak berair… Macam mana nak bagi nasi impit ni tak cepat basi ye? Sayangnya kalau asyik terbuang je. Ada petua nasi impit tahan lama tak?”

Nasi impit atau ketupat adalah antara juadah wajib sewaktu Hari Raya.

Boleh makan dengan serunding, kuah lontong, kuah kacang, rendang dan kalau cicah sambal pun sedap!

Tapi mesti kita pernah berhadapan dengan masalah nasi impit cepat basi ni terutamanya bila kita biarkan dalam suhu bilik.

Mungkin ada yang belum tahu teknik memasak nasi impit ni agar tahan lama.

Jadi, jadi jom kami kongsikan beberapa petua nasi impit tahan lama yang berkesan dan

7 Petua Nasi Impit Tahan Lama, Tak Cepat Berair. 2-3 Hari Masih Sedap!

1. Basuh Beras

Mula-mula penting untuk kita basuh beras tu bersih-bersih.

Kalau yang guna nasi impit instant, basuhkan juga paket nasi impit tu betul-betul sebab airnya akan masuk ke dalam paket.

Ulang basuhan 2-3 kali hingga airnya agak jernih kemudian barulah sedia untuk direbus.

2. Bubuh Sedikit Garam

Masa nak rebus, rebus macam biasa dengan paras air menutupi keseluruhan nasi impit.

Salah satu petua nasi impit tahan lama ialah taburkan sedikit garam masa merebus.

Kalau nak wangi, boleh juga tambahkan daun pandan.

3. Asam Gelugur / Limau Kasturi

Satu lagi cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu ialah memasukkan sekeping dua asam gelugur masa merebus nasi impit.

Kalau tak ada, gantikan dengan limau kasturi pun ok.

Kedua-dua cara ni dikatakan boleh buat nasi impit tahan lebih lama, cubalah!

Foto Kredit: seriouseats.com

4. Masa Merebus

Oh ya, masa merebus ni selalunya bergantung kepada saiz nasi impit atau kuantiti yang kita rebus.

Seeloknya rebus lama sikit sebab nak pastikan beras di dalamnya betul-betul masak.

Ramai yang masak paling kurang 2 jam untuk pastikan nasi impit tu betul-betul masak. Yang masak sampai 3-4 jam pun ada tau!

5. Tos Betul-betul Kering

Bila nasi impit dah betul-betul masak, angkat dan toskan sampai betul-betul kering.

Ada orang akan letak bawah kipas bagi berangin dan cepat kering.

Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, inilah sebab ketupat yang dah dimasak digantung. Sebab nak bagi airnya keluar.

Barulah ketupat tak cepat berair dan lambat basi.

6. Simpan Dalam Freezer

Satu lagi cara nak pastikan nasi impit tak cepat basi ialah simpan dalam freezer.

Simpankan dalam penutup kedap udara ye supaya tak ada bau-bauan dari peti sejuk menyerap masuk dalam nasi impit.

Nanti masa nak makan barulah ambil dan kukuskan supaya panas dan lembut. Barulah sedap!

Foto Kredit: yellowpages.com

7. Potong Hanya Bila Nak Makan

Nasi impit ni biasanya yang dah dipotong lebih cepat berair dan basi.

Jadi pastikan kita hanya potong nasi impit tu bila nak dihidangkan.

Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan / plastik. Pastikan pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih.

Insha Allah nasi impit tak cepat berair.

Boleh Juga Olah Resepi Menggunakan Nasi Impit

Jika kita ada banyak nasi impit yang dah dipotong tak habis dimakan, memang risau sebab ia mudah berair.

Kita boleh buat lontong goreng.

Tak pernah cuba? Senang je, caranya macam nak buat nasi goreng.

Mula-mula, tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis atau apa-apa bahan lagi yang anda suka.

Kemudian perasakan dan tunggu pecah minyak. Boleh juga bubuh telur, daun kucai, tauge.

Akhir sekali masukkan nasi impit dan gaulkan hingga betul-betul panas dan sebati.

Memang sedap, mesti kejap je licin!

[BACA SETERUSNYA : Jangan Buang Nasi Impit Lebih, Buat Lontong Goreng Ni ‘Confirm’ Licin]

Jadi lepas ni bolehlah cuba semua petua ni supaya nasi impit tahan lama dan tak cepat basi.

Selamat mencuba.

Recommended for you

(Visited 1 times, 1 visits today)