7 Khasiat Utama Buah Durian Belanda Yang Perlu Anda Tahu

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan Tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Pokok Durian Belanda ini biasanya tumbuh di aras laut sehingga di kawasan tanah tinggi. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji dan sering dibuat jus, pencuci mulut dan sebagainya.

Kami akan kongsikan 7 khasiat buah Durian Belanda di bawah.

1. Durian Belanda mampu merawat dan mencegah seseorang itu daripada mendapat kanser.

2. Menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

3. Daun Durian Blenada yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipecayai dapat merawat sakit kerongkong.

4. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis.

5. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.

6. Jus yang dihasilkan daripada buah Durian Belanda ini diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing (masalah kecacingan bagi kanak-kanak) dan ubat cirit-birit.

7. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

Buah Durian Belanda mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin begitu juga dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit zat besi. Buah ini terdiri daripada 67.5 % pulpa, 20 % kulit, 8.5 % biji dan 4 % kerak.

Mari kita amalkan pemakanan yang sihat bagi menjamin kesihatan diri kita untuk melakukan amal ibadah dan kerja seharian kita.

Sumber : alraudhah.com

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

(Visited 108 times, 1 visits today)