7 Info Menarik Raffi Ahmad Artis Paling Kaya Di Indonesia

Raffi Ahmad bukan selebriti biasa-biasa, kerana dikalangan artis Indonesia yang lain, dirinya antara selebriti yang memiliki pendapatan yang tetap dan banyak melalui hasil dari perniagaan yang diusahakannya bersama isteri tercinta Nagita Slavina.

Jom kita lihat beberapa info menarik mengenai Raffi Ahmad di bawah.

#1 YouTuber Dengan Pendapatan RM1.5 Juta Sebulan

Menerusi temubual Raffi bersama Helmy Yahya di saluran YouTubenya iaitu Helmy Yahya Bicara, Raffi berkongsi bahawa pendapatannya menjadi YouTuber berjumlah RM1.5 juta daripada Adsense dan penaja.

Ianya jumlah yang sangat besar di Indonesia, jadi tidak hairanlah Raffi boleh dinobatkan sebagai artis terkaya di tanah seberang!

#2 Miliki Jumlah Pengikut 16.2 Juta Di YouTube

Memiliki pendapatan sebanyak RM1.5 juta sebulan bukanlah perkara mustahil buat YouTuber dengan jumlah pengikut sebanyak 16.2 juta ini.

Saluran YouTubenya Rans Entertainment [SINI] mendapat sambutan dan tontonan ramai dek kerana video-video yang dihasilkan sangat bagus dan menyeronokkan.

#3 Miliki Rangkaian Jenama Pakaian Sendiri

Foto – Arkib Wanista

Selain menjadi YouTuber, Raffi juga terkenal sebagai businessman atau usahawan berjaya di Indonesia. Pelakon kacak ini memiliki rangkaian jenama pakaian sendiri iaitu RA Jeans [SINI], yang diusahakannya sejak tahun 2016 dan sehingga kini telah banyak cawangan dibuka di Indonesia.

#4 Raffi Hasilkan Filem Menerusi Production House Sendiri

View this post on Instagram

~ 𝟯𝟬 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜⁣ Arwah Tumbal Nyai – PART " 𝗧𝗨𝗠𝗕𝗔𝗟" ⁣ ⁣⁣ Segera Tayang 𝟵 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟬⁣⁣ Di Bioskop!!!⁣⁣ ⁣⁣ a Film by @arieazis⁣⁣ @dewiperssikreal @iam.evansanders @yamacarlos7⁣⁣ @anggawijaya @bertrand1407 @kekeharun @otigpakis @tuti_kembangmentari⁣⁣ ⁣⁣ Special kembali hadir 😍⁣⁣ @ayutingting92 & @zaskia_gotix ⁣⁣ @film_tumbal @rapictures.id⁣⁣ ⁣⁣ ⁣⁣ ⁣⁣#tumbal⁣ #FilmTumbal #dewiperssik #ayutingting #zaskiagotik

A post shared by RA PICTURES (@rapictures.id) on

Siapa sangka Raffi mempunyai production house sendiri, RA Pictures [SINI]. Dari sini dah nampak Raffi memang seorang yang gemar meneroka bukan saja dalam dunia nyanyian, lakonan malah bercita-cita tinggi memiliki filem terbitan sendiri.

#5 Raffi Ahmad Juga Miliki Studio Animasi Sendiri

View this post on Instagram

Uda pada nungguin ?? Siapa yang ga sabar nungguin episode si aa kali inii?? Aa mau pelihara harimau kayak siapa ya pelihara harimau🤔

A post shared by RANS Animation Studio (@rans.animationstudio) on

Kalau dah miliki production house sendiri, tak hairanlah Raffi melompat pula ke dunia animasi dan bangunkan studio animasi miliknya sendiri. Kenali Rans Animation Studio [SINI], di mana menerusi studio ini Raffi menghasilkan siri animasi yang bertajuk “Si Aa”.

Siri ini sangat popular dan setiap video siri animasi ditayangkan di YouTube, masing-masing mendapat jumlah tontonan antara 1 juta hingga 3 juta tontonan!

#6 Terjah Dunia Makanan Pula

View this post on Instagram

Semoga hari ini membawa kebahagiaan buat kita semua ya ❤ yuuu kalau sempat mampir ya ke Bakmi RN #kuliner #food

A post shared by Bakmi Raja Nikmat 💁🏻🍜🎉 (@bakmi.rn) on

Untuk pengetahuan semua Raffi juga mempunyai perniagaan dalam bidang makanan, perniagaan berasaskan mee yang diberi nama Bakmi Raja Nikmat atau Bakmi RN [SINI]. Perniagaan makanan milik Raffi dan isterinya ini telah dibuka secara meluas dan kini mereka miliki lebih dari lima cawangan di Indonesia.

#7 Miliki Pengikut Instagram 42 Juta Pengikut Di Instagram

Foto – via Instagram Raffi Nagita

Sudah memiliki banyak empayar perniagaan dan pendapatan pula berjuta-juta ringgit, Raffi juga mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun Instagram miliknya dan isteri iaitu Raffi Nagita [SINI]. Bukan biasa-biasa Raffi dapat jumlah pengikut setaraf selebriti antarabangsa.

Diam-diam Raffi, banyak rahsia juga yang orang ramai tak tahu terutama empayar perniagaannya. Serius tabiklah Raffi!

Rujukan: 1, 2

The post 7 Info Menarik Raffi Ahmad Artis Paling Kaya Di Indonesia appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)