7 Bahaya Berlaku Jika Kamu Tidur ‘Salah’ Bantal

Tahukah memilih bantal untuk tidur adalah satu tugas yang sangat penting.

Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi jenis bantal yang anda pilih dan cara anda menjaganya akan mempengaruhi kualiti tidur dan kesihatan secara keseluruhan.

Sebagai contoh, kenapa anda kerap lenguh bahu setiap kali bangun tidur, ia mungkin terletak pada kedudukan bantal malah bantal itu sendiri. Atau kebenaran mengapa anda tidak dapat menghilangkan jerawat yang degil itu mungkin terletak di sarung bantal anda.

Jadi pelbagai kemungkinan boleh berlaku hanya pada bantal.

Anda mungkin alami sakit leher

Sekiranya kepala anda dibengkokkan lama, seperti ketika anda tidur, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Dan bergantung pada posisi tidur anda, juga penting untuk menentukan berapa kuat bantal anda. Kerana lika terlalu lembut, ia boleh menyebabkan sakit leher.

Foto – Brightside

Sebagai contoh, bila kamu meletakkan kepala ke bantal, dan terasa ianya terlalu mendatar maka ia tidak bagus untuk kepala dan leher kamu. Kamu akan rasa tidak selesa.

Anda mungkin mengalami sakit belakang

Cara bantal anda menyokong kepala, leher dan bahu juga dapat mempengaruhi keadaan belakang badan anda. Penyelarasan yang tidak betul semasa tidur boleh memburukkan lagi sakit belakang anda.

Foto – Brightside

Anda mungkin mula sakit kepala

Tidur di atas bantal yang salah juga boleh menyebabkan sakit kepala. Sekiranya bantal anda tidak memberikan sokongan yang betul, leher anda mungkin berada dalam polisi yang tidak selesa semasa anda tidur. Itu boleh menyebabkan leher anda tegang, maka mengakibatkan sakit kepala.

Foto – Brightside

Anda mungkin alami reaksi alahan

Sekiranya anda menghadapi masalah tidur, mata gatal dan sakit kepala, atau jika anda bersin dan merasa letih pada siang hari, anda mungkin ingin mengalihkan perhatian ke bantal anda.

Foto – Brightside

Anda harus mencucinya secara berkala sekiranya anda ingin mengelakkan alergi. Sebabnya adalah tungau debu, yang menyebabkan ramai orang alah. Gejala lain mungkin termasuk masalah asma, ekzema, dan sinus.

Anda ada masalah kekurangan tidur

Sama ada alahan yang membuat anda terjaga pada waktu malam atau sakit di leher, bantal yang buruk boleh menjadi sebeb mengapa anda tidak mendapat kualiti tidur yang betul.

Foto – Brightside

Kurang tidur boleh menyebabkan pelbagai masalah dari mempengaruhi kemahiran berfikir anda hinggalah meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi.

Anda mungkin menghadapi masalah kulit

Semasa anda tidur, wajah anda bersentuhan dengan sarung bantal. Oleh itu, semua bakteria, kotoran dan minyak wajah anda disapu ke bantal. Keadaan itu boleh merengsakan kulit anda dan menyebabkan jerawat.

Foto – Brightside

Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh menukar sarung bantal dengan kerap, atau membeli bantal atau sarung bantal khas. Tahukah terdapat sarung bantal yang mempunyai ionic silver dalam bahannya yang membunuh bakteria berbahaya.

Mengakibatkan dengkur

Bantal yang tidak selesa atau bantal keras yang mendorong kepala ke hadapan boleh menyebabkan anda berdengkur. Dan jika anda alah pada tungau debu, keradangan di hidung dan tekak anda boleh menyebabkan saluran udara tersekat, sehingga membuat anda berdengkur.

Foto – Brightside

Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, mungkin dah tiba masanya dapatkan bantal yang betul mengikut keselesaan.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post 7 Bahaya Berlaku Jika Kamu Tidur ‘Salah’ Bantal appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)