5 Selebriti Popular Keluar Koleksi Tudung Raya 2020 Paling Cantik!

Masuk je bulan ramadhan pasti ramai yang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rata-rata kaum wanita sibuk mencari baju raya, tudung raya, kasut raya, juadah raya dan sebagainya.

Bercakap pasal persiapan raya ni, tudung merupakan item kedua penting selepas baju raya almaklum dah siap beli baju raya kenalah beli tudung raya pula, betul tak? Hah, bagi yang dah penat cari tudung raya tapi tak jumpa yang berkenan, kamu boleh tengok tudung-tudung raya yang selebriti popular ni jual!

#1 Neelofa – Neelofar

Memboloti carta nombor satu pastinya jenama tudung Neelofar milik Neelofa. Koleksi tudung raya 2020 tahun ini sangat menawan dengan corak flora. Malah penggunaan warna-warna lembut pasti akan mencuri tumpuan kamu bagi yang ingin mencari tudung dengan rona warna lembut dan elegan.

View this post on Instagram

Easy tutorial on how you can style Elle this Eid. A perfect match to your Raya outfit! You’ll be spoiled for choice as Elle comes in 4 beautiful colour ways. So, which colour suits your look? Comment below! #Naelofaraya2020 #GoNaelofar #Naelofar

A post shared by Naelofar Official ( HQ ) (@naelofar) on

Foto – Arkib Wanista

#2 Siti Sarah – Loveta Scarves

Hah, koleksi tudung raya dari Loveta Scarve milik Siti Sarah ni memang laku keras! Bukan saja material kainnya ringan, malah ia juga mudah di bentuk dan cantik terletak mengikut bentuk muka si pemakai. Tudung raya yang dijual oleh Siti Sarah ni hadir dengan pelbagai rona warna yang menarik hati, serius tak rugi beli.

View this post on Instagram

Korang suka color mana satu? Tolong pilih jap mana lagi LOVE 😘 . Atas? Tengah? Bawah? . Sila komen okay 😘

A post shared by LOVETA SCARVES BY SITI SARAH (@lovetascarves) on

Foto – Arkib Wanista

#3 Nora Danish – OWL

Siapa tak kenal dengan wanita jelita dan pelakon popular Nora Danish, tahun ni apa kata kamu lihat pula koleksi tudung dari jenama OWL milik Nora Danish ni. Bukan saja rona warnanya sedap mata memandang, malah coraknya juga sangat cantik. Siapa yang beli boleh dapatkan menerusi Shopee.

View this post on Instagram

Ramadhan Kareem to all ♥️ @owlbynd shawl & outfit , picture shot in Iceland ( the great Seljalandsfoss waterfall ) 😍, Definitely one of my memorable trip with my lovely Owl crew & fam. Missing everyone 😭

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Foto – Arkib Wanista

#4 Yana Samsudin – Ayana

Pelakon dan usahawan wanita berjaya iaitu Yana Samsudin sangat terkenal dengan koleksi tudungnya di bawah jenama Ayana miliknya sendiri.

Selebriti terkenal ni menghasilkan rekaan dan corak tudung yang pastinya kena dengan citarasa wanita moden di Malaysia. Jom apa tunggu la, serbu instagram Ayana untuk cari koleksi tudung raya sekarang.

View this post on Instagram

hari ni sis belanja picture lady boss pakai pari aryana. cuba teka tudung ni siap inner ke x? sepatutnya pari aryna tudung kawen dgn inner kan? So mcm mn inner leh x nampak? haaas magic kan? tu la dia specialnya pari aryana ni boleh dipergayakan macam2 tau! Say nak! stock tinggal sikit jek tau.

A post shared by aYana by Yana Samsudin (HQ) (@ayanahijab) on

Foto – Arkib Wanista

#5 Hanis Zalikha – Cakenis

Last but not least adalah pelakon, merangkap model dan juga usahawan wanita berkaliber adalah Hanis Zalikha. Yup, siapa tak kenal jenama Cakenis milik Hanis yang mengeluarkan rangkaian tudung dan selendang cantik dan menawan.

Malah rona warna yang dikeluarkan juga mengikut citarasa wanita, bagi yang dah tak ada idea nak cari tudung untuk raya tahun ni, boleh cuba tengok koleksi tudung di Cakenis ni. Gerenti tak mengecewakan.

View this post on Instagram

The first step of styling this piece is to iron the seam. And from there you can work with it so easily doing endless styles! #CakenisPRGirl

A post shared by Cakenis™ (@cakenis) on

Foto – Arkib Wanista

Jom cari tudung raya jenama selebriti kegemaran, memang cantik-cantik rekaan tudung yang seleriti popular kita tawarkan untuk kita semua.

Selamat membeli-belah♥

The post 5 Selebriti Popular Keluar Koleksi Tudung Raya 2020 Paling Cantik! appeared first on Wanista.com.

(Visited 24 times, 1 visits today)